loading...
  • Breaking News

    Monday, November 23, 2020

    (Video) 'Tiba-tiba anjing saya diterkam!' - Lelaki bergelut dengan buaya untuk selamatkan anjing peliharaannya


    Demi menyelamatkan anjingnya, seorang lelaki sanggup menggunakan tangan kosong untuk membuka mulut buaya yang sedang membaham haiwan peliharaannya itu. 


    Richard Wilbanks, dari Florida, Amerika Syarikat, dirakam turun ke tasik dan bergelut dengan haiwan pemangsa itu untuk menyelamatkan anjingnya, Gunner, dari terus dibaham. 


    Anjing kecil itu menjerit kesakitan dan dalam masa yang sama Richard sedaya upaya membuka mulut buaya itu. Tindakan pantas Richard berjaya menyelamatkan anjingnya. Richard juga berjaya menyelamatkan diri dari menjadi mangsa buaya tersebut. 


    Menceritakan semula kejadian itu, Richard berkata mereka pada awalnya berjalan di sekitar tasik berkenaan dan secara tiba-tiba buaya itu muncul dan terus menerkam Gunner. 


    "Saya tidak pernah menyangka buaya (alligator) boleh bergerak sepantas itu. Insiden itu berlaku dengan sangat pantas," katanya. 


    Gunner mengalami kecederaan yang serius akibat gigitan buaya itu, tetapi keadaannya kini stabil selepas menerima rawatan. 


    Richard berkata, dia tidak menghiraukan langsung keselamatan dirinya pada masa itu. Apa yang penting, anjing yang dianggap seperti keluarganya harus diselamatkan dan dia sanggup mengambil risiko walaupun terpaksa mengorbankan nyawanya sendiri. 


    Sejak kejadian itu, Richard dan isterinya, Louise Wilbank hanya membawa anjing peliharaan mereka berjalan-jalan 10 kaki dari tasik itu. Pasangan itu tidak mahu buaya itu dihapuskan kerana ia bertindak seperti binatang liar. 



    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/3740FsI
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment