Viral video di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terperangkap di dalam pasu besar.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku di rumah neneknya di Amazonas, utara Brazil pada Selasa lalu. Ramai saudara mara itu berkumpul dan cuba menghiburkan kanak-kanak itu yang sedang panik ketika dia sedang berusaha untuk keluar dari pasu tersebut.
Bagaimanapun, usahanya gagal dan ahli keluarga terpaksa memecahkan pasu itu sedikit demi sedikit bagi mengeluarkannya. Keadaan itu membuatkan kanak-kanak itu ketakutan dan mula memanggil ibunya.
Kedengaran suara seorang wanita yang dipercayai neneknya dalam nada bergurau berkata, "Sekarang awak kena bayar pasu saya ni dengan harga yang tinggi, awak faham tak?".
Difahamkan, nenek mangsa menerima hadiah pasu itu dari pemberian rakannya dua tahun lalu. Pasu hiasan itu dianggarkan bernilai RM227. Tidak diketahui bagaimana kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam pasu itu tetapi ahli keluarga percaya, mangsa sedang bermain pada waktu itu.
Bagi menyelamatkannya, wanita yang dipercayai ibunya mengetuk pasu itu menggunakan tukul secara perlahan-lahan dengan tangannya menahan di bahagian dalam pasu bagi mengelakkan si kecil itu dari mengalami sebarang kecederaan.
Selepas beberapa minit kemudian, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dari pasu itu. Berkat dari usaha keluarga berkenaan, kanak-kanak itu dapat dikeluarkan dari pasu tersebut tanpa perlu menghubungi talian kecemasan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2KK0BqB
via IFTTT
No comments:
Post a Comment