8 Ogos 2022, portal Harian Metro menyiarkan laporan mengenai perkembangan atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang dikatakan gagal buat kali ketiga berturut-turut dalam meraih emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, sekali gus menghampakan negara.
Laporan tersebut mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuk Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang menempelak tajuk berita Harian Metro.
"Jangan anggap atlet kebangsaan yang tidak berjaya seperti sampah, sebaliknya beri sokongan moral untuk menaikkan semangat," tegasnya.
Abdul Karim mengakui beliau berasa kecewa dengan tajuk berita berkenaan yang mengatakan Pandelela telah menghampakan negara dan balik dengan tangan kosong hanya kerana gagal mendapatkan pingat.
"Saya agak kecewa dengan tajuk berita akhbar tempatan yang mengatakan Pandelela balik dengan tangan kosong. Anda sebagai wartawan, terdapat banyak cara menulis, meletakkan kapsyen terhadap prestasi atlet yang mewakili negara di kejohanan dunia yang telah berlatih siang dan malam.
"Bukan untuk mengatakan saya adalah fanatik kepada atlet Sarawak, tetapi tidak kira dia atlet Sarawak atau Semenanjung Malaysia sekali pun, anda tidak boleh tendang mereka atau menghukum hero negara hanya kerana mereka tidak dapat pingat.
"Saya rasa dia sudah melakukan yang terbaik. Kita harus faham bahawa faktor usia juga memainkan peranan, bukan untuk menjatuhkan moral tetapi dia sudah hampir berusia 30 tahun. Kemuncak prestasi adalah ketika anda masih remaja pada awal 20-an," katanya.
Sementara itu di Twitter, netizen turut mengecam pemilihan tajuk berita berkenaan yang dianggap tidak wajar sedangkan Pandelela selama ini telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dan pernah menyumbangkan pingat emas kepada Malaysia.
"Haaa ni la manusia, tak reti menghargai. Dia dah buat yang terbaik kot. Ingat dia saja-saja nak lompat main-main? Haih! Hangin aku pagi-pagi ni. Ada kena makan kasut jap lagi ni," kata Atika Natasha.
"Haah! Elok hantar Harian Metro je. Harus tapau semua emas kan. Suka hati disregard someone's hard work. Ada pertandingan la. Sometimes we win, sometimes we lose. Sham on you, journalist!" kata Belleeeya.
"Orang tu dah berbulan-bulan berlatih terjun, basah, menapak naik tangga lagi, terjun lagi, basah lagi, naik tangga lagi, terjun lagi. Janganlah buat headline macam tu. Setiap orang mesti mahukan kemenangan. Bagilah headline semangat sikit," kata Fiena.
Sumber: Astro Awani, Twitter Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/DVw0kEW
via IFTTT
No comments:
Post a Comment