Seorang remaja perempuan maut, manakala seorang lagi rakannya parah akibat dilanggar dua penunggang motosikal yang berlumba secara haram.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada waktu petang Selasa lalu di Jalan Jelita, Miri, lokasi yang sudah menjadi kebiasaan untuk orang awam menjalankan aktiviti berjogging dan beriadah.
Berdasarkan video tular, kedua-dua mangsa terdahulu dilihat sedang menunggang motosikal dengan kelajuan perlahan sambil menikmati udara petang di kawasan itu.
Bagaimanapun, ada beberapa penunggang motosikal dipercayai golongan remaja mengambil kesempatan untuk berlumba di jalan tersebut.
Tiba di lokasi, suspek pertama gagal mengelak lalu melanggar motosikal mangsa menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan nyaris dilanggar oleh suspek kedua yang sempat mengelak.
Malangnya, suspek ketiga pula gagal berbuat demikian lalu merempuh mangsa (pembonceng) yang menyebabkan kecederaan parah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tuhuh suspek berusia dari 15 hingga 19 tahun disyaki terbabit dalam kejadian itu telah ditahan untuk membantu siasatan.
Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan patah di bahagian paha, manakala pemboncengnya juga parah dan disahkan meninggal dunia pada 25 Ogos lalu.
Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
from The Reporter https://ift.tt/5jfDvp4
via IFTTT
No comments:
Post a Comment