loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 30, 2022

    Bayi 10 bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuh



    Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya. 


    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Seksyen 17, Shah Alam, pada 19 Ogos lalu. 


    Mangsa disahkan meninggal dunia pada 22 Ogos di Hospital Shah Alam, selepas tiga hari menerima rawatan. 


    Difahamkan, bapa mangsa telah membuat laporan polis pada malam hari kejadian itu. 


    "Pada hari kejadian, ibu bapa mangsa ke rumah pengasuh kira-kira 4 petang selepas dimaklumkan anak mereka tidak sedarkan diri. 


    "Hasil pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Seksyen 19 sini mendapati, ada kesan lebam di dahi dan disyaki berlaku pendarahan di otak. 


    "Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam dan bedah siasat sudah dijalankan pada 23 Ogos dengan keputusan 'pending laboratory investigation," katanya. 


    Pengasuh mangsa adalah wanita tempatan berusia 36 tahun yang juga sedang hamil lima bulan. Selain menjaga mangsa, wanita itu turut menjaga lapan lagi kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga 4 tahun di kediamannya secara bersendirian. 


    Polis masih belum menahan wanita terbabit dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/Oh1XAS9
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment