loading...
  • Breaking News

    Sunday, August 21, 2022

    Remaja autistik hilang di Kulai, ditemui di Tanah Merah dipercayai dirogol lelaki Rohingya



    13 Ogos 2022, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Bandar Putra, Kulai, Johor. 


    Mohd Azmi Abdullah, 40, bapa tiri kepada Nur Elyana Adyrna Abdul Rahim berkata, remaja itu keluar bersendirian tanpa membawa dokumen pengenalan diri ketika dia terlelap dan isterinya pula keluar bekerja. 


    Difahamkan, Nur Elyana yang menghidp autisme sejak berusia 10 tahun itu pernah hilang setahun lalu tetapi hanya dalam tempoh singkat sahaja dan dia pulang sebelum waktu malam. 


    Pada malam hari kehilangannya, Mohd Azmi menerima satu pesanan WhatsApp dari nombor tidak dikenali memaklumkan jangan mencari Nur Elyana lagi. 


    Mohd Azmi bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana dia tidak seperti gadis normal di mana pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Malah anak kedua dari tiga beradik itu tidak mempunyai kawan kerana sifatnya yang pendiam. 


    MANGSA DITEMUI DI KELANTAN


    Khamis, 18 Ogos 2022, Nur Elyana dilaporkan ditemui oleh orang awam di Tanah Merah, Kelantan dalam keadaan selamat, kurus dan trauma. 


    "Alhamdulillah, kakak (Nur Elyana) ditemui di Tanah Merah. Syukur dia dalam keadaan selamat. Ada orang beritahu lokasi kakak dan saya terus menghubungi balai polis di sana dan beritahu perkara itu sebelum akhirnya mereka berjaya menemuinya," katanya. 


    Menurut Mohd Azmi, anaknya memaklumkan dia tidak diberi makan secukupnya sepanjang enam hari dibawa oleh individu yang tidak dikenali itu. 


    Polis juga memaklumkan, individu terbabit yang membawa Nur Elyana dari Johor ke Kelantan telah ditangkap dan siasatan sedang dijalankan. 


    SUSPEK BANGSA ROHINGYA DITAHAN


    Sementara itu, Harian Metro melaporkan seorang guru mengajar al-Quran berbangsa Rohingya telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol yang membabitkan remaja perempuan. 


    Suspek ditahan petang kelmarin dalam serbuan di Kampung Sat, selepas menerima laporan berkaitan orang hilang membabitkan remaja autistik yang dilaporkan di Kulai, Johor. 


    Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berpandukan kedudukan mangsa yansg sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarganya, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah membuat serbuan pada jam 2.15 petang. 


    "Menurut keterangan mansgsa, pada jam 9.30 malam Sabtu lalu, dia dibawa oleh seorang lelaki Rohingya (suspek) yang dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah. 


    "Mangsa juga memaklumkan sepanjang 14 hingga 18 Ogos lalu, dia dirogol oleh suspek beberapa kali dan sebaik diselamatkan pihak berkuasa pada petang kelmarin, dia dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut," katanya. 


    Suspek berusia 23 tahun yang mengajar al-Quran direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


    Sumber: Harian Metro, Sinar Harian



    from The Reporter https://ift.tt/BxQYAme
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment