loading...
  • Breaking News

    Friday, August 19, 2022

    'Mereka melacuri industri muzik, walhal bercakap pun tak sedap, apatah lagi menyanyi' - Awie selar Ahli Perniagaan rosakkan industri muzik



    Tindakan beberapa ahli perniagaan kontroversi dan TikTokers yang merosakkan industri muzik negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya menjengkelkan. Hanya kerana memiliki kekayaan dan pengaruh di media sosial, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menerbitkan lagu dengan muzik video biarpun sedar bahawa dirinya mereka tidak berbakat. 


    Keadaan bertambah teruk apabila golongan yang taksub dengan duniawi ini sanggup mencipta kontroversi tanpa mengira perbuatan itu salah di sisi agama, semata-mata untuk melariskan lagu atau produk mereka. 


    Hal ini membuatkan orang dalam industri muzik sendiri meluat dengan golongan berkenaan dan salah seorangnya adalah penyanyi rock lagenda, Dato' Awie. 


    Berkata kepada mStar Online, Awie mengakui dia sedih dengan kecewa dengan penglibatan orang-orang seperti itu yang jelas sekali tidak mempunyai bakat untuk menjadi penyanyi dan menggunakan wang untuk merealisasikan keinginan mereka. 


    "Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ini dengan teruknya, teruk sangat tahu tak?! 


    "Tiba-tiba stesen TV guna lagu mereka untuk program, radio guna lagu mereka untuk pasang, walhal mereka bukan penyanyi. Nak bercakap pun tak sedap, apatah lagi nak menyanyi. 


    "Tiba-tiba datang orang berduit menghancurkan industri. Rosak! Alim ulamak pun marah, netizen hentam, dia lagi bangga diri. Kau tak kesian ke? 


    "Kalau kau tak berkemampuan untuk membuat sesuatu yang elok, kau laburkan kepada mereka yang lebih elok. Cari orang yang betul-betul boleh nyanyi untuk produk kau.


    "Kau tak malu ke nama Malaysia buruk kerana kau? Kau nak dapat rating kau, viewers untuk kau, tapi kau hancurkan nama Malaysia dan nama Melayu khususnya orang Islam. Malu dik!


    "Bagi peluang adik-adik yang mencari makan dari industri seni, datang dari orang susah. Kau datang (hanya) menyusahkan mereka lagi. Jangan satu hari nanti ia berbalik kepada engkau pula," katanya. 


    Sementara itu, netizen bersetuju dengan pandangan Awie dan mengatakan golongan berkenaan tidak sepatutnya digelar sebagai penyanyi, sebaliknya hanya sekadar content creator yang berpaksikan keuntungan dan perhatian sahaja. 


    "Aku respect dengan pandangan Awie yang memang padu dan tepat. Janganlah pentingkan diri sendiri sebab kita berduit, sehingga satu bangsa rosak terikut cara golongan ini yang merosakkan industri hanya kerana kepentingan diri," kata Abdul Rahim Salim. 


    "Padu kata-kata Awie. Aku hidup zaman Wings dan lagenda-lagenda band rock yang lain. Tup-tup sekarang rosak dibuat oleh segelintir BBNU. Budak-budak sekarang dengan satu lagu pun dah naik jadi artis. Semua ini poyo! Artis lama, lagu bertahan sampai sekarang. Berbanding artis sekarang yang hanya dua ke tiga tahun naik, kemudian senyap dan lenyap," kata Hazwan. 



    from The Reporter https://ift.tt/UBxr9by
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment