Semalam tular di media sosial sifu perniagaan, Najib Asaddok, dikatakan koyak dengan soalan yang diajukan oleh salah seorang netizen yang menonton live TikToknya kelmarin.
Najib bagaimanapun menerusi Instastory menjelaskan bahawa insiden itu tidak sepatutnya berlaku, namun tetap mempertahankan dirinya dari terus ditohmah oleh netizen.
Jelas Najib, video yang ditularkan itu telah disunting dan mendakwa individu bernama Farqhan melakukan provokasi terhadapnya.
"Video itu dah diedit, dipotong-potong. Jika tonton dari awal, soalan itu nak provok saya dan dia dah rekod dari awal.
"Silap saya juga jawab macam tu, sepatutnya saya tidak perlu layan. Cuba perhatikan ayat saya, saya cakap 'Bodohlah saya kalau saya jawab".
"Bodoh tu ditujukan pada saya sendiri, bukan pada yang bertanya. Tidak pernah dalam hidup saya nak bodohkan orang lain. Maaf," jelasnya ringkas.
Penjelasan Najib Asaddok mengenai dakwaan Farqhan |
Sementara itu, rakannya, Shamsurizam Norsham berpendapat, Najib berhak untuk tidak menjawab dan Farqhan sepatutnya memperjelaskan lagi soalan yang diajukan agar persoalan itu tidak disalah tafsir.
"Setiap orang kepakarannya berbeza, tak sama. Najib kepakaran dia, boleh mengonlinekan bisnes mereka menggunakan strategi, tools online dan sebagainya.
"Najib sebelum dia mula mengajar dalam bidang pemasaran online pun, dia dah banyak buat bisnes retail, dropship di eBay dan sebagainya. Juga pengalaman student-student beliau dari pelbagai industri mematangkan beliau dalam mengetahui selok belok pemasaran online dalam satu-satu bisnes itu.
"Apa pun, Najib berhak untuk tidak menjawab dan Farqhan pun perlu memperjelaskan lagi persoalan itu supaya tidak disalah tafsir," jelasnnya.
Semalam tular di media sosial video luahan ketidakpuasan hati Farqhan yang mendakwa dirinya disembur oleh Najib dalam sesi live di TikTok hanya kerana bertanyakan soalan mudah mengenai apa perniagaan yang dilakukannya telah mencapai kejayaan.
Sumber: Instagram Najib Asaddok, FB Shamsurizam Norsham
from The Reporter https://ift.tt/JaEs2hB
via IFTTT
No comments:
Post a Comment