Tular di media sosial seorang wanita mendakwa wang sebanyak RM11,668 hilang dari akaun semasa syarikatnya dalam masa dua saat.
Semasa kejadian itu berlaku, Lily Natty tidak menerima sebarang mesej permintaan nombor TAC, panggilan dari pihak bank atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
Hal itu membuatkan dia kesal dan hilang kepercayaan terhadap pihak bank yang didakwa tidak membantunya dalam mengesan kehilangan wang tersebut.
"Langsung tidak ada minta TAC sms, panggilan atau apa-apa. Saya hilang kepercayaan terhadap P***** Bank. Mereka langsung tidak memberi kerjasama, seolah-olah sayalah yang memberi nombor TAC. Sedangkan saya tidak terima langsung SMS atau panggilan," katanya.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Cyber Security. Namun, maklum balas yang diterima pula amat mengecewakan.
"Mereka soal saya macam saya nak scam mereka. Mereka (pihak bank) mengesahkan scammer yang menjadi dalang di sebalik kejadian itu dan mendakwa telefon saya telah digodam, seterusnya dinasihatkan untuk menyahaktifkan internet banking kerana tidak selamat," jelasnya,.
Lebih mengecewakan, mangsa dimaklumkan bahawa wang yang hilang tidak dapat diperolehi semula memandangkan wang tersebut telah dipindahkan ke akaun bank milik seorang lelaki, (Hong Leong Bank).
"Dua tahun PKP, hilang punca rezeki saya untuk mengajar. Bila dah reda dan mula aktif, habis semua hilang. Saya terkejut untuk beberapa hari. Duit kita tak selamat langsung di bank. Siapakah yansg bertanggungjawab? Siapakah gerangan lelaki yang mengambil wang tersebut?" ujarnya.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, individu terbabit melakukan dua kali transaksi berjumlah RM5,834.08 pada hari yang sama.
"Dua pihak bank berkenaan tidak membantu, polis pula kata tunggu pegawai penyiasat balik dari kursus. Jadi saya nak buat apa? Nak bayar gaji pekerja, bil elektrik boleh tunggu ke?" katanya.
Dalam masa yang sama, Lily Natty menjelaskan dia menerima mesej melalui Facebook iaitu pemilik akaun bank yang tertera dalam transaksi pemindahan wang itu yang mendakwa akaun banknya telah dipergunakan untuk tujuan yang tidak baik dan dia adalah mangsa keadaan.
Menurut Mohammed Azri Arbin Abdullah, dia menyedari namanya tular di media sosial selepas dimaklumkan oleh isterinya lalu segera menghubungi Lily Natty dan memberitahu akaun bank Hong Leong miliknya telah dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, sebelum membuat laporan polis.
"Saya telah menerima mesej bergambar dari isteri saya yang memaklumkan akaun hong leong bank atas nama saya telah ditularkan dalam media sosial sebagai scammer. Untuk makluman, akaun bank tersebut saya tidak gunakan dan kad atm akaun tersebut juga telah tercicir sejak dua bulan lalu," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/6B0h5i8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment