Seorang lelaki berusia 62 tahun dari Bihar, India mendedahkan dia tidak mandi lebih dari dua dekad.
Dharramdev Ram terkenal di kampungnya, Baikunthpur dan semua penduduk di kampung itu mengetahui dia tidak pernah mandi selama 22 tahun. Tetapi tiada sesiapa yang mengejeknya, malah penduduk amat menghormati keputusannya.
Ini kerana lelaki berusia 62 tahun itu berikrar untuk tidak semandi sehingga keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah di kalangan penduduk dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan. Disebabkan perkara itu masih belum berhenti, Dharamdev nekad meneruskan nazarnya.
"Pada 1975, saya bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal dan berkahwin pada 1978 dan menjalani kehidupan normal.
"Tetapi pada 1987 saya tiba-tiba menyedari bahawa kes pertikaian tanah, pembunuhan haiwan dan kekejaman terhadap wanita telah mula meningkat. Jadi, untuk mencari jawapan, saya mendekati seorang 'Guru' yang mengambil saya sebagai anak muridnya dan memberi inspirasi kepada saya untuk mengikuti jalan pengabdian.
"Sejak dari itu, saya menuju ke jalan pengabdian dan mula bermeditasi untuk Tuhan Rama," katanya.
Pada tahun 2000, apabila dia berikrar untuk menahan diri daripada mandi sehingga kesalahan disebut di atas tidak lagi berlaku, dia juga mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari kilang, tetapi dia kembali bekerja selepas menerima tekanan dari keluarganya.
Walau bagaimanapun, apabila majikan mengetahui Dharamdev berpegang pada ikrar 'luar biasa' itu, dia dipecat dan menganggur sehingga ke hari ini.
Isterinya, Maya Devi, telah meninggal dunia pada tahun 2003 ketika dia telah berikrar untuk tidak mandi. Setahun kemudian, anak lelakinya meninggal dunia dan dia masih enggan mandi.
Walaupun anaknya yang lain meninggal dunia tahun ini, dia tetap nekad meneruskan ikrarnya yang telah dibuat 22 tahun lalu dan hanya akan berhenti sekiranya matlamat murni itu tercapai.
Usaha luar biasa Dharamdev untuk menambatkan keganasan terhadap wanita dan haiwan serta pertikaian tanah telah tular di media sosial India, mengundang perhatian wartawan tempatan untuk mengetahui lebih lanjut.
Wartawan yang menemubual penduduk kampung berkenaan berkata, majoriti penduduk mengesahkan Dharamdev tidak mandi selama lebih dua dekad.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter https://ift.tt/vDZRd8J
via IFTTT
No comments:
Post a Comment