Selepas bersalin, adalah menjadi kewajiban jururawat datang ke rumah untuk memeriksa keadaan anak dan si ibu. Namun, tidak sangka pula ada segelintir ibu yang rasa rimas dengan kehadiran mereka.
Harus diketahui bahawa, kehadiran jururawat adalah untuk memastikan si ibu dan anak sihat. Sepatut kita berterima kasih dan menghargai perkhidmatan yang diberikan secara percuma itu. Berbanding di negara-negara lain yang kebanyakannya tidak memberi khidmat seperti ini.
Luahan si ibu yang rimas dengan kedatangan jururawat ke rumah semasa berpantang | Foto - PseudoScienceWatch |
Baca penjelasan dari PseudoScience Watch (Admin Pethidine) mengenai isu ibu yang rimas dengan kehadiran jururawat di rumah ketika berpantang:
Hak untuk menerima kunjungan kakitangan kesihatan selepas melahirkan anak itu memang terletak kepada ibu bapa. Kalau rimas atau menyampah, cakap dengan elok, tak payah kasar bahasa atau tertekan mengenainya. Saya nak kongsi sedikit sebab mengapa mereka melakukan lawatan ke rumah tersebut, walaupun sekiranya hari lawatan tersebut adalah cuti umum ataupun hari raya.
1. Obviously si ibu selepas bersalin, penat dan sakit dalam nak berpantang. So instead of nak kena pergi pusat rawatan, kita bawa service tersebut ke rumah anda terus. Majoriti semuanya okey tetapi terdapat segelintir kes-kes yang memerlukan rawatan/pemeriksaan lanjut.
2. Jangkamasa 6 minggu pertama selepas melahirkan anak dipanggil sebagai Puerperal Period. Jangkamasa ini kita perlu berhati-hati sebab banyak kondisi penyakit yang si ibu ada sebelum melahirkan anak itu sendiri masih boleh dan dapat menunjukkan simptom-simptom penyakit. Antaranya kaki bengkak (pedal edema), varicose veins (salur darah bengkak), eclampsia (darah tinggi sampai kurang peredaran dalam otak), gestational diabetis (kencing manis ketika mengandung) dan post partum depression (meroyan). Kalau dalam seminggu itu check semua okey, biasanya semua akan okey. Jadi usahlah risau.
3. Pemantauan paras kuning (jaundice) anak. Nak tengok ada breastmilk jaundice ke, breastfeed jaundice ke, physiological jaundice ke, prolonged jaundice ke, banyak jenis. Nak evaluate pun satu hal. Melainkan si ibu bapa mampu buat penilaian paras berdasarkan Kramer's Method hanya berdasarkan visual evaluation (tengok sahaja macam expert), elok serahkan kepada yang lebih bertauliah. Ingat ye, jaundice ini berbahaya pada paras-paras tertentu bersertakan risiko-risiko tertentu dan mampu menyebabkan kecacatan kekal.
4. Si ibu perlu juga diperiksa sekiranya mempunyai masalah untuk menyusu anak, payudara/nipple bengkak, teknik menyusu yang betul (latching), susu tak cukup dan sebagainya.
5. Si ibu perlu juga pemeriksaan untuk wound inspection (periksa luka/jahitan beranak) terutamanya mereka yang bersalin secara ceasarian. Selain itu segala komplikasi yang dialami semasa melahirkan jika ada perlu sentiasa dipantau (post partum haemorrhage/tumpah darah, uterine atony/rahim tak mengecil)
6. Si ibu juga yang berpantang perlu juga dilihat dari segi aspek kesihatan lain seperti risiko kondisi berbahaya seperti DVT (Deep vein thrombosis/darah beku dalah salur darah) kerana si ibu tidak banyak bergerak dan sentiasa terbaring.
7. Keadaan anak juga seperti sembelit, cirit, demam, tompok-tompok ruam, hydration status juga dapat dinilai dan diperhatikan dalam masa lawatan yang sama.
8. Postnatal care ini sebahagian daripada servis percuma yang disediakan oleh KKM. Kalau anda bersalin di hospital swasta pun, mereka akan rujuk ke situ juga. Kalau tak nak terima, boleh sertakan surat penolakan.
Tak payah rimas, mereka tak kisah pun rumah anda berkemas ke tidak, nak anda bersiap diri untuk sambut ke apa. Mereka tak kisah pun kalau rumah baru macam kena landa puting beliung. Tak perlu. Yang mereka utamakan adalah anda dan anak anda. Yang lain itu semua boleh tolak tepi. Tak banyak negara ada servis begini, bersyukurlah. Kalau tak nak terima, tolak dan cakap elok-elok ye. Tak payah halau kasar-kasar (pernah ada kes) tapi risiko tanggung sendiri. Hargailah servis ini, belum tentu ada untuk selama-lamanya.
from The Reporter http://ift.tt/2oEfxce
via IFTTT
No comments:
Post a Comment