Foto Hiasan | Google Images |
KOTA BHARU, KELANTAN - Seorang ibu tunggal ditahan bersama suami orang dipercayai berkhalwat dalam serbuan yang dilakukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan langgar, pagi tadi, lapor Sinar Harian.
Janda anak dua yang berusia 29 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang merupakan seorang penjawat awam beruniform berusia 30 tahun.
Serbuan yang dilakukan jam 2.15 pagi itu, penguat kuasa yang menerima maklumat awam kemudian melakukan intipan sebelum menahan pasangan itu ketika bersekedudukan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
Difahamkan lelaki terbabit berasal dari Kedah dan sudah mendirikan rumah tangga. Namun isterinya tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di negeri itu.
Si suami pula ditugaskan ke cawangan Kelantan sejak 10 bulan lalu. Janda berkenaan berasal dari Kampung Kekabu, Pasir Mas, bekerja sebagai jurujual jam di sebuah kompleks beli-belah di Lembah Sireh dan sudah bercerai empat tahun lalu.
"Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengambil wanita berkenaan dari bilik sewanya dan dibawa pulang untuk tidur bersama di rumah sewa lelaki itu yang juga dihuni tiga lagi rakan lelaki.
"Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak mengetahui kegiatan lelaki itu yang hampir setiap malam membawa pulang janda itu secara bersembunyi.
"Anak-anak janda itu dijaga oleh mertuanya (ibu bekas suami), manakala yang lelaki masih belum mempunyai anak. Mereka sudah menjalinkan hubungan lebih tiga bulan lalu," kata sumber. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2oBaVDS
via IFTTT
No comments:
Post a Comment