RAWANG, SELANGOR - Seorang pelajar darjah 1 di sebuah sekolah rendah cedera di telinga kanannya akibat dibuli oleh rakan sekelas, semalam.
Dalam kejadian semalam, mangsa, 7, dihantar ke klinik oleh guru sekolahnya untuk mendapatkan rawatan segera sebelum dimaklumkan kepada bapa mangsa.
"Terima kasih cikgu-cikgu, kerana mengambil tindakan yang pantas," kata bapa mangsa.
Difahamkan, mangsa masih perlu diberi rawatan dan pemantauan susulan selama 2-3 hari lagi kerana doktor bimbang jika ada kesan kecederaan yang lain di telinga mangsa.
Menurut bapa mangsa, anaknya sebelum ini selalu mengadu dia dibuli oleh rakannya itu, namun dia tidak ambil pusing kerana pengalaman sebelum ini menyebabkan dia pula yang dimarahi.
"Sebelum ini saya sudah pernah terkena. Orang datang ke rumah dan marah saya dengan anak sebabnya saya pergi marah pengurus sebuah pasar raya yang menyebat anak saya dengan rotan sehingga meninggalkan kesan. Lelaki itu mendakwa anak saya bermain dalam premisnya," katanya.
Dalam kejadian semalam, anaknya dibuli sehingga telinga kanannya bengkak dan darah memancut keluar.
"Saya yakin ramai yang akan berkata, 'Alaa, budak-budak punya hal. Takkanlah mak bapak nak campur hal budak-budak? Biarlah budak-budak main tu. Alaa, luka sikit saja.', tetapi kalau sampai anak saya jadi pekak, telinga ada spare part ke di kedai?
"Sudah banyak kali anak saya dibuli, tetapi saya diam saja sebab nanti ada mulut-mulut kata anak tak boleh ditegur, tak boleh bawa bergurau. Takkan nak tunggu budak ini mati, baru nak buka mata?
Menurutnya lagi, anaknya selalu dibuli seperti tali lehernya dirembat, nasi yang dibeli untuk makan di waktu rehat dirembat, kasut baru dipijak, baju baru disepak-sepak sampai tinggalkan kesan bekas tapak kasut, ditumbuk di bahagian perut, muka, barang dicuri dan banyak lagi. Malah rakan-rakan sekelas yang lain juga mengadu pelajar itu gemar membuli para pelajar yang lain.
Pernah berjumpa dengan bapa pelajar terbabit sebelum ini, tetapi respon yang diberikan agak mengecewakan bilamana si bapa dengan selamba berkata, "Anak acik memang macam itu..."
Berikutan kecederaan teruk yang dialami anaknya itu, bapa mangsa akan membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Pegawai Pendidikan Daerah juga akan dibuat. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2pvY5ob
via IFTTT
No comments:
Post a Comment