loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 22, 2017

    Tulang femur patah 2 di rumah pengasuh, ibu bayi buat laporan polis


    MARANG, TERENGGANU - Seorang bayi perempuan berusia patah tulang kaki kanan semasa berada di bawah jagaan pengasuhnya, dakwa ibu mangsa, Emily Ayuni.

    Dalam kejadian jam 3.10 petang, Khamis 13 April, Emily menjemput anaknya, Sh Sufi Humaira, di rumah pengasuh di Kampung Seberang Marang dan dimaklumkan anaknya cedera di dahi kanan akibat tersembam ketika merangkak turun dari tilam ke lantai. Selain itu, ibu jari kaki kanan Sufi juga kebiruan.

    "Pengasuh mengatakan anak lelaki saya, Syed Harraz, telah melanggar kaki adiknya sehingga cedera. Semasa saya ambil anak, dia menangis tetapi tidak kuat. Tangisan bertambah kuat apabila saya cuba memperbetulkan kedudukannya di atas riba saya ketika berada dalam kereta. 

    "Sebaik saja tiba di rumah jam 3.25 petang, saya meletakkan Sh Sufi di atas tilam di ruang tamu dan dalam masa yang sama dia menangis kuat dan menunjukkan tanda-tanda sakit. Saya perasan kedudukan kaki kiri anak saya seolah-olah terkehel dan terpusing sedikit dari keadaan asal serta bentuk kaki bengkak.

    "Saya cuba menukar pampin, namun tidak dapat diteruskan kerana keadaan anak saya yang menangis dengan kuat seolah-olah sakit sehingga terketar-ketar. Pada masa itu saya perasan kaki kirinya tidak bergerak langsung," katanya. 

    Ekoran itu, Emily menghubungi pengasuh untuk mengesahkan bahagian kaki mana yang cedera sebenarnya. Pengasuh berkenaan memaklumkan ibu jari kaki kanan. 

    "Saya tanya kenapa kaki kiri anak saya bengkak, pengasuh jawab dia tak tahu dan tak perasan kenapa kaki anak saya jadi begitu. Dia turut memaklumkan semasa kejadian, anak saya Syed Harraz tersepak kaki Sh Sufi, dia ada di sebelah dan hanya terkena pada kaki kanan," katanya.

    Ekoran itu, Emily membawa anaknya ke Unit Kecemasan Hospital Nur Zahirah untuk pemeriksaan. Imbasan x-ray menunjukkan tulang femur mangsa patah dua di samping turut mengalami beberapa kecederaan lain seperti lebam dan biru. 

    Mesej dari pengasuh: 

    Haraz trpjak kaki sufi trsadung jth ats sufi ms mniarap...ingtkn td xdk npe..lpas pd tu dia tdo..ida x kabo ke kak masa tu".. 

    "Saya tanya lagi, kejadian berlaku pada jam berapa. Pengasuh kata kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari, lebih kurang 3 jam sebelum saya datang menjemput anak-anak di rumah pengasuh. Pengasuh ingatkan anak saya tidak teruk dan hanya biasa-biasa sahaja," katanya. 


    Mangsa kini dalam keadaan stabil, namun masih di bawah pemantauan pihak hospital. 

    Pegawai perubatan mengklasifikasikan kes mangsa sebagai tanda penderaan atau kecuaian pengasuh dan telah membuat laporan polis bagi siasatan perubatan. Pihak hospital juga menyarankan ibu bapa mangsa membuat laporan polis. 

    Menurut Emily, pihak polis juga turut mencadangkan agar dia dan suami mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan siasatan dijalankan dan menuntut hak anaknya termasuk kos perubatan dan lain-lain kos berkaitan sekiranya betul berlaku kecuaian. Namun sekiranya mangsa didera, polis akan ambil tindakan selanjutnya. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2p5ud58
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment