Aduan Dari Intan Azalea
Guys and girls, please take note.
Kalau iPhone tak berfungsi seperti biasa dan dihantar pula ke kedai alat telekomunikasi yang mahu anda tinggalkan telefon pada mereka selama 30 minit atau lebih, jangan sesekali setuju! Sebaliknya, cari kedai yang boleh membaiki telefon anda di depan mata.
Ini berdasarkan pengalaman saya yang sudah terkena di Plaza Alam Sentral Shah Alam, minggu lepas di mana saya ditipu.
Saya tahu LCD iPhone saya rosak dan saya hantar ke kedai untuk dibaiki. Pada awalnya, saya hantar pada sebuah kedai ini yang mana meminta saya meninggalkan telefon pada mereka.
"Lagi setengah jam, lu datang balik," katanya.
Jadi saya pun tinggalkan telefon pada mereka, shopping sekejap dan selepas 30 minit, saya kembali semula. Katanya, bukan LCD yang rosak dan mereka perlu periksa telefon saya lebih lanjut.
Saya pun peliklah kenapa bukan LCD sebab LCD kelam kabut bila disentuh. Masa itu saya 'bodoh' dan biarkan mereka periksa dan balik ke rumah.
Malam itu, pihak kedai itu menghubungi saya dan kata motherboard pula yang rosak. Saya musykil, kenapa pula motherboard? Sebab iPhone saya tiada masalah kecuali LCD sebab sebelum ini iPhone terjatuh dan LCD terkeluar sikit. Bertambah pelik sebab saya belajar computer science, kalau motherboard rosak, telefon takkan hidup atau skrin akan kosong sahaja.
Saya pergi ke kedai itu semula dan ambil telefon saya. Mereka tak baiki pun LCD telefon saya.
Kemudian saya pergi ke kedai lain dan beritahu masalah telefon saya. Sekali lagi saya terpaksa tinggalkan telefon pada mereka selama 30 minit.
Bila kembali semula, mereka juga berikan jawapan yang sama, motherboard rosak dan saya tak percaya.
Akhirnya saya cari kedai yang boleh baiki di depan mata pelanggan. Bila dia buka saja telefon itu depan mata, katanya ada sebahagian komponen iPhone saya telah hilang. Ya Allah, alangkah geramnya saya dengan kakitangan dua kedai sebelum ini yang sewenang-wenangnya kata motherboard rosak dan curi plate besi yang sepatutnya frame around the battery connector and the LCD connector.
The trick was, they took it, so next time my phone jatuh again, connector battery and LCD akan tercabut bercause the frams was there to protect it dari tercabut. Jadi, kalau tehrentak dan connector tercabut, telefon memang tak boleh hidup.
Ini sekadar info, kalau telefon rosak, tolong cari orang yang repair depan mata sebab repair tak perlu masa yang sama sangat sampai kena tinggalkan handphone di kedai satu malam.
from The Reporter http://ift.tt/2p8XlZV
via IFTTT
No comments:
Post a Comment