loading...
  • Breaking News

    Monday, June 5, 2017

    Lebih dari 10 lelaki rugi RM100,000 ditipu wanita dikenali di WeChat


    KUALA LUMPUR - Hajat mahu mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita terpaksa dilupakan apabila lelaki ini baru menyedari yang dirinya telah ditipu oleh wanita berkenaan yang menyamar sebagai doktor di hospital swasta.

    Mangsa, Zakri Alif, tidak menyangka wanita berusia 30 tahun berasal dari Miri yang dikenali dari aplikasi WeChat itu tergamak menipunya sehingga terpaksa menanggung kerugian RM6,000. 

    "Saya berkenalan dengan dia di WeChat dan kami berkawan sehingga dia bersetuju untuk bertunang. Malah dia meminta saya pergi berjumpa dengan dia di Miri. 

    "Sebelum itu, dia meminta wang dari saya untuk membeli cincin pertunangan. Dalam tiga hari (10-13 Februari) saya telah melakukan transaksi wang ke akaun banknya sebanyak tiga kali," katanya. 

    Pada 13 Februari, Zakri dan ibunya telah pergi ke Miri untuk bertemu dengan wanita berkenaan. Kata Zakri, wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor dan bertugas di Miri Medical Cenre.  

    Keesokan harinya, mereka bersetuju untuk bertunang pada 19 Mac dan telah pergi membeli cincin merisik dan jam tangan. Namun apabila tiba di hari pertunangan, wanita itu memberikan alasan kononnya keluarga dia sakit dan tidak dapat meneruskan pertunangan. 

    "Saya mula curiga dengan perempuan ini lalu menelefon pihak Miri Medical Centre yang kemudian menafikan bahawa dia bekerja di sana. Saya juga mendapat tahu bahawa beberapa lelaki lain pernah menjadi mangsa wanita itu dan barulah saya sedar bahawa saya telah dipermainkan oleh wanita terbabit," katanya. 



    Setelah segalanya terbongkar, wanita terbabit enggan bersemuka dengan Zakri yang saban hari meminta wanita itu membayar semula kerugiannya sebanyak RM6,000. Mangsa juga membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 2 Jun 2017. 

    Difahamkan, Zakri telah menyebarkan gambar dan kegiatan tidak bertanggungjawab wanita itu di Facebook sebagai peringatan kepada orang ramai khususnya golongan lelaki agar tidak menjadi mangsa seterusnya.

    "Saya tak nak orang lain terkena sampai mak dan ayah mereka malu. Dia gunakan agama dan berperwatakan agama untuk kepentingan diri. Janji nak bertunang tarikh sekian-sekian, tetapi bila sampai tarikh, kata tak sudilah, berubah hatilah.

    "Anggaran kerugian dari semua mangsa lebih kurang RM100,000 lebih. Sudah ramai yang terkena, sampai dah buat persiapan kahwin tetapi terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu," katanya. 


    from The Reporter http://ift.tt/2sH9IKq
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment