loading...
  • Breaking News

    Sunday, June 4, 2017

    'Letak RM3,000 dalam wallet suami, itu sebagai tanda saya menghargai pengorbanannya'


    KUALA LUMPUR - Viral di media sosial, gambar dan status seorang wanita yang dikatakan telah memberi RM3,000 kepada suaminya mencetus pelbagai reaksi netizen. 

    Pengasas dan pemilik jenama tudung Bawal Top Exclusive, Aien Suraya, memuat naik gambar dompet suaminya dengan kapsyen berikut:

    "Kesian suami. Senyap-senyap buka wallet dia time dia tak ada. Tengok-tengok ada RM3 sahaja. Tak apa, senyap-senyap kita letak RM3,000. Harap-harap dia tak menggelabah tengok nanti," tulisnya.

    Gambar yang dimuat naik pada petang Jumaat lalu, telah dikongsi 11,662 kali dan 10,000 likes dari netizen. 


    Pelbagai reaksi dari netizen berhubung gambar viral itu. Ada komen yang positif, tidak kurang juga yang negatif. Malah ada yang menasihatkan berhati-hati memuat naik gambar atas status yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan keluarga. 

    Bagaimanapun, Aien Suraya berkata, tindakannya meletakkan duit RM3,000 itu ke dalam dompet suaminya sebagai tanda dia menghargai pengorbanan lelaki itu selama ini. 

    "Sebelum kahwin lagi, suami banyak membantu saya. Sampai nak kahwin pun dia yang banyak tanggung. Syukur sangat dapat suami seperti dia. 

    "Selepas kahwin, saya cuba buat bisnes. Alhamdulillah bisnes Bawal Top Exclusive saya menjadi. Tuhan turunkan rezeki untuk saya sampai saya tak bagi suami bekerja dan ajak dia bekerja dengan saya. Duit keuntungan suami tak pernah minta. Semua suruh saya uruskan. Cuma dia akan tegur bila saya terlebih berbelanja. 

    "Kadang-kadang terfikir banyak pengorbanan suami untuk saya. Jadi apa salahnya saya letak duit dalam dompet dia, buat kejutan untuk dia sebagan tanda isteri menghargai suami," katanya mengulas mengenai post viral tersebut. 

    Pada masa yang sama, Aien Suraya tidak mengambil pusing apa yang netizen fikirkan. Namun mahu mereka mengambil positif dari apa yang dilakukannya itu atau dijadikan sebagai inspirasi bagi wanita lain untuk menghargai suami mereka. 

    "Ambil yang positif, jadikan sebagai inspirasi untuk wanita lain buat kepada suami sebagai tanda menghargai. Tak kisahlah banyak atau sikit, inshaAllah suami suka," katanya. 



    Sementara itu, suaminya, Izat Hafiz tidak menyangka 1 Malaysia 'menggelabah' dengan gambar yang dimuat naik oleh isterinya itu. 

    "Yang kata buka aib, suami makan duit isteri itu mungkin tidak tahu bahawa itu adalah hasil bisnes kami bersama. Cuma saya yang selalu tidak mahu mengambil keuntungan bisnes. Cukup sekadar dapat melihat isteri dan anak saya bahagia. 

    "Dompet kosong tak apa, janji bahagia," katanya. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2sro3eM
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment