loading...
  • Breaking News

    Thursday, February 15, 2018

    Jakim dedah Sajat adalah khunsa tetapi...


    Laman mStar Online hari ini melaporkan tentang jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman menimbulkan pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

    Menurut portal berkenaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mendedahkan identiti Sajat sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin. 

    Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof, susulan kedua ibu bapa usahawan berkenaan telah bersumpah. 

    "Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa," katanya. 

    Meskipun begitu, pengakuan atau sumpah ibu bapa Sajat tetap memerlukan pengesahan dari pihak berautoriti dari sudut perubatan. Sehubungan itu, Jakim telah menawarkan bantuan agar Sajat mengikuti beberapa prosedur pengesahan jantinanya oleh pakar perubatan yang bertauliah dan diperakui kerajaan. 

    "Sebenarnya Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat. Namun di saat akhir, Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri," katanya. 

    Walau bagaimanapun, Mohd Izwan berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar Sajat bagi menjawab persoalan masyarakat. 

    Sementara itu berkata kepada Harian Metro, Sajat berharap semua pihak menghormati privasi dan tiada pihak campur tangan mengenai keraguan identiti sebenar dirinya. 

    Bagi Sajat, dia sudah mendedahkan jantinanya dan memberikan sepenuh komitmen terhadap JAKIM. 

    "Saya sudah memberikan kerjasama yang baik dan sudah menjelaskan identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan yang diatur kali pertama. 

    "Ibu bapa saya juga sudah memberi keterangan dan menjawab segala persoalan mengenai identiti saya kepada dia. Saya mohon tiada lagi pihak cuba mengeruhkan keadaan. 

    "Berilah saya ruang untuk fokus terhadap perniagaan yang diusahakan. Saya tidak mahu publisiti murahan ini," katanya.



    from The Reporter http://ift.tt/2Cmq6oc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment