loading...
  • Breaking News

    Tuesday, February 13, 2018

    'Itu adalah hak mereka untuk memilih penyewa' - Netizen


    "Tolong jangan buat begini di Malaysia. Jika awak hanya mahukan penyewa berbangsa Cina, mohon berpindah ke negara China. Terima kasih," demikian tweet yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, M.V, yang kesal dengan peraturan pemilik rumah berkenaan yang dianggap tidak masuk akal. 

    Berdasarkan beberapa gambar perbualan WhatsApp M.V dengan wakil pemilik rumah berkenaan, M.V bertanyakan tentang sewa bilik di rumah tersebut. 

    Mesej itu kemudian dibalas dengan pertanyaan sama ada M.V berbangsa Melayu atau orang tempatan sebelum menjelaskan hanya ada sebuah bilik kecil yang masih kosong serta harga sewa bulanan RM550. 

    M.V menjelaskan dia warganegara tempatan dan berbangsa India. Malangnya, individu berkenaan menjelaskan majikannya hanya mahu penyewa berbangsa cina warga tempatan. 

    "Saya bangsa India campur Cina, Chindian. Boleh? Tetapi kenapa warga India tidak boleh?" soal M.V. 

    "Majikan saya yang tidak mahu, bukan saya. Maaf tentang perkara itu," balasnya. 

    "Teruk. Beritahu majikan awak kalau dia hanya mahu penyewa cina, pindahlah ke China. Ini Malaysia. Berikan nombor telefon majikan awak, ada?" pinta M.V. 



    "Hello, bawa bertenang. Kami bukan rasis atau apa, kami hanya lebih gemar penyewa Cina tempatan, itu saja," balasnya. 

    "Tetapi kenapa? Apa sebabnya? Takut penyewa berbangsa India tak dapat bayar ke apa?" soal M.V lagi. 

    "Ini kerana mereka (majikan) pernah mempunyai pengalaman yang tidak baik sebelum ini," balasnya. 

    "Dah agak. Tetapi serius agak melampau di situ dengan melabelkan semua bangsa India sama seperti itu. Bagaimana awak boleh pastikan penyewa Cina tidak akan mendatangkan masalah? Jadi kalau saya Melayu, saya boleh menyewa?" soal M.V. 

    "Tak perlu perbesarkan hal ini. Harap awak dapat cari bilik awak," balas individu berkenaan yang enggan memanjangkan lagi urusan dengan M.V. 

    "Saya hanya menjalankan kerja saya. Bawa bertenang dan majikan saya tidak bermaksud apa-apa. Semoga berjaya mendapat bilik sewa awak," tambahnya lagi. 



    Walaupun begitu, M.V tetap mendesak dia memberikan nombor majikannya agar dia dapat bertanya tentang perkara itu sendiri dan menegaskan dia bukan mahu mengugut tetapi menganggap tindakan rasis mereka perlu diviralkan dan insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku. 

    "Maaf tentang perkara itu. Saya hanya menjalankan tugas dan saya juga ada ramai kawan berbangsa India. Saya tiada masalah dengan kawan-kawan saya yang berbangsa India dan gemar berkawan dengan mereka.

    "Saya hanya pelajar sahaja, buat kerja part time sebab perlukan duit belanja," jelasnya. 



    Sementara itu, ada netizen berpendapat bahawa isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana pemilik rumah juga mempunyai hak untuk memilih penyewanya untuk tinggal di hartanahnya. 

    Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang setuju dan mahu golongan yang gemar meletakkan syarat mengikut bangsa yang dikehendaki sahaja perlu ditegur dari terus merebak dan merosakkan perpaduan di negara ini. 




    Sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlulah menjaga sensitiviti agama dan kaum masing-masing bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Jangan disebabkan perkara seperti itu, rosak persepsi terhadap kaum yang lain. 


    from The Reporter http://ift.tt/2sqgJnw
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment