loading...
  • Breaking News

    Monday, February 26, 2018

    (Video) 'Perlahan-lahan dia gerakkan tangan dan sentuh paha perempuan tu' - Pakcik kantoi raba perempuan dalam LRT


    Seorang lelaki berjubah dan memakai kopiah dituduh telah menyentuh paha wanita ketika berada dalam LRT di laluan Sri Petaling, lapor NST

    Klip video berdurasi 53 saat itu menunjukkan lelaki tua terbabit merapatkan tangan kanannya mendekati penumpang wanita berkenaan yang duduk bersebelahan dengannya. 

    Sesekali lelaki itu memandang ke arah paha kiri wanita berkenaan dan juga menggerakkan jarinya rapat sehingga menyentuh paha wanita berkenaan. 

    Mangsa pada ketika itu sedang tidur dan tidak bergerak serta tidak menyedari tindakan lelaki tua terbabit. 

    "Saya pernah mendengar insiden seperti ini berlaku tetapi tidak pernah melihatnya di depan mata saya sendiri. Kejadian ini berlaku ketika saya dalam perjalanan pergi ke tempat kerja. 

    "Dia (lelaki terbabit) berhenti berbuat demikian selepas penumpang Melayu berhampiran saya memerhatikan perbuatannya itu. 

    "Sebaik saja tren berhenti, dia terus keluar," kata netizen yang memuat naik video tersebut di Facebook


    Justeru, para pengguna khususnya golongan wanita dinasihatkan agar tidak terlelap, sebaliknya sibukkan diri dengan telefon bimbit dan berbual dengan rakan-rakan ketika menaiki pengangkutan berkenaan.


    from The Reporter http://ift.tt/2CHLFzC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment