Terkejut seorang bapa apabila guru tadika memaklumkan ada seorang lelaki warga asing yang cuba membawa anaknya pulang, sedangkan beliau tiada meminta pertolongan dari mana-mana individu untuk berbuat demikian.
Menurut Ahmad Najmuddin, lelaki warga asing itu bukan saja mengetahui nama anaknya, malah mengetahui sekitar jam berapa beliau menjemput anaknya pulang.
"Salam semua. Ini saya nak kongsikan peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana yang ada anak kecil yang dihantar ke tadika, pesanlah kepada anak dan gurunya siapa yang akan menjemputnya pulang nanti.
"Sebab kejadian semalam hampir berlaku pada anak saya sendiri di mana seorang lelaki warga asing (Bangladesh) pergi ke tadika anak saya. Kemudian dia minta dengan guru tadika nak bawa balik anak saya dengan alasan kononnya saya yang meminta dia datang untuk ambil anak saya.
"Padahal saya tiada meminta siapa-siapa pun untuk pergi ambil anak saya. Malah, lelaki Bangladesh itu siap tahu nama penuh anak saya.
"Atas sebab keselamatan, guru tadika itu meminta lelaki terbabit menghubungi saya terlebih dulu. Tetapi lelak itu tidak berbuat demikian.
"Sebelum beredar, lelaki itu masih cuba memujuk guru berkenaan untuk membenarkan dia membawa pulang anak saya. Allahuakbar.
"Saya selisih dalam 10 minit saja dengan lelaki Bangladesh itu. Dia macam tahu-tahu saja saya biasa ambil anak jam berapa. Lokasi di Taman Daya, Johor Bahru," katanya.
Sumber: Ahmad Najmuddin
from The Reporter http://ift.tt/2sgxhhE
via IFTTT
No comments:
Post a Comment