loading...
  • Breaking News

    Monday, February 19, 2018

    (Video) 'Mereka ganggu dan rakam gambar anak saya tanpa kebenaran, malah cuba menyerang kami'


    Seorang pelakon wanita dari Filipina mendakwa dua anak perempuannya telah diganggu sekumpulan lelaki di taman tema air, Sunway Lagoon pada Khamis lalu, mencetuskan kemarahan netizen di Filipina dan Malaysia. 

    Difahamkan, Ruffa Gutierrez, yang juga bekas Miss World 1993 itu datang ke Sunway Lagoon bersama dengan dua orang anaknya, Lorin Gabriella, 15, dan Venice Bektas, 14, untuk bercuti. 

    Dalam masa yang sama, Ruffa telah berjanji untuk bertemu dengan rakannya, Juliana Hussin di taman tema air berkenaan. 

    Menurut Ruffa yang memuat naik tentang kejadian itu di Instastorynya, ketika dia dan rakannya pergi membeli burger. Sekembalinya mereka ke tempat itu, dua anaknya datang sambil menangis dan mendakwa ada sekumpulan lelaki mengambil gambar tanpa kebenaran dan mengganggu mereka. 

    Pada awalnya mereka tidak mahu memperbesarkan hal itu tetapi sekumpulan 10 orang lelaki itu kemudian mengekori dan cuba menyerang mereka. 

    "Kami berhenti dan marah mereka kerana bersiul (siulan berbentuk gangguan) ke arah kami dan mereka pula cuba menyerang kami. 

    "Kami datang ke Sunway Lagoon Malaysia untuk berseronok dengan anak-anak dan tak sangka di sini pun tidak selamat. Mengejutkan!" katanya. 

    Ruffa juga telah membuat aduan mengenai kejadian itu terhadap pihak pengurusan dan pihak pengawal keselamatan dan meminta mereka diiringi sehingga ke kereta mereka kerana berasa keselamatan diri mereka terancam. 

    Dalam kenyataan Ruffa di Twitter pula, pihak Sunway Lagoon katanya tidak sepatutnya membenarkan sekumpulan lelaki berkenaan berada dalam taman berkenaan di mana tempat itu sepatutnya selamat untuk kanak-kanak dan keluarga. 

    Sebagai respon terhadap isu berkenaan, Pengurus Besar Sunway Lagoon telah memohon maaf kepada Ruffa. 


    Bagaimanapun, pihak polis berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut.  

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, tiada laporan yang dibuat oleh mangsa berhubung kejadian itu.


    from The Reporter http://ift.tt/2C4s7K5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment