loading...
  • Breaking News

    Monday, February 26, 2018

    'Jalan itu memang keras, pernah ternampak seorang perempuan dukung anak di tengah jalan'


    Dari Twitter @frhan_za

    Semalam aku and the geng pergi cuba milo ais kepala di Keramat dan dari situ directly kami nampak Highland Tower. Oleh sebab kami terasa ingin tahu, kami pun bertanya pada uncle Grab tentang apartment itu. 

    Semasa dalam perjalanan balik, uncle Grab itu ceritakan kisah penuh yang mungkin ramai netizen tidak tahu. 

    Uncle Grab itu kata, Highland Tower itu adalah apartment pertama yang dibina di Kuala Lumpur di atas bukit. Jadi memang mahal gila babi dan orang kaya-kaya saja yang duduk di situ. 

    Kemudian ramai ahli politik dan ahli perniagaan yang menetap di situ. Sumpah banyak nama ahli polis Malaysia yang Uncle Grab itu nyatakan. 

    Salah seorangnya adalah ahli politik perempuan India. Kenallah siapa tetapi malas nak sebut nama. Masa itu, Mahathir memerintah. 

    Nak dijadikan cerita, apartment itu dijadikan sebagai tempat mereka buat kerja-kerja haram seperti perjudian, pelacuran dan sebagainya. Sampai ada yang ambil model berbayar dari Jepun semata-mata nak buat kerja bodoh itu. 

    Dipendekkan lagi cerita, malam sebelum kejadian runtuhan itu iaitu malam Jumaat, geng-geng ini buat parti besar-besaran. Memang gila-gilalah, minum arak, layan perempuan. 

    Keesokan harinya, Jumaat dalam jam kira-kira jam 1 tengah hari, apartment itu runtuh. Apabila dikaji semula, struktur tanah di situ memang sudah tidak stabil dan berair kerana berlaku kebocoran dalam tanah. 


    Ada seorang kawan aku yang ayahnya pernah mengkaji struktur tanah di situ. Jadi memang banyak mayat yang dijumpai tertimbus dan tersepit serta hancur badannya. Mayat-mayat yang ditemui memang busuk gila dan bomba terus menerus mengangkut mayat keluar. 

    Tetapi Uncle Grab itu kata ada pihak yang sengaja tidak meneruskan lagi pencarian semata-mata nak menutup aib mereka. Nak menjaga namalah kononnya. 

    Sehingga kerajaan Malaysia mahu menyembunyikan sejarah kemasukan pendatang ke Highland Tower itu. Sebenarnya ada banyak lagi mayat-mayat yang belum dijumpai semasa berlakunya kejadian malang itu. 

    Oleh disebabkan itu, banyaklah berlaku perkara-perkara mistik dan pemujaan yang dilakukan dalam apartment tersebut. 

    Uncle itu kata dari roundabout sebelum nak masuk simpang ke Highland Tower, jalannya memang keras. Ada rakannya diganggu di waktu malam buta dengan seorang perempuan yang sedang mendukung anak di tengah-tengah jalan. Selain itu lembaga putih terbang dan banyak lagi. Hampir setiap tahun berlaku kemalangan di jalan tersebut. 

    So, habis cerita itu, Uncle Grab itu sambung cerita tentang rempit pula. Hahaha! Kalau boleh kami nak tukar destinasi yang lebih jauh sebab nak dengar cerita dia. Sempoi habis. 

    Sumber: @frhan_za


    from The Reporter http://ift.tt/2ERH186
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment