loading...
  • Breaking News

    Monday, February 26, 2018

    Filem Badang hanya mampu raih kutipan RM69K selepas 7 hari ditayangkan


    Jika sebelum ini pelakon utama filem Badang, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkata filem tersebut mampu mengalahkan filem Marvel, Black Panther, namun angka kutipan pula menunjukkan sebaliknya. 

    Dalam laporan Says.com, filem Badang yang dihasilkan dengan kos RM2.2 juta itu hanya mempu meraih kutipan sebanyak RM68,816.17 selepas seminggu ditayangkan di pawagam. Lebih teruk lagi, filem itu hanya mendapat rating 1/10 di laman IMDB. 

    Sementara itu, maklum balas dari penonton di ruangan komen laman IMDB pula berkata, skrip, CGI, soundtrack, suntingan dan sebagainya dianggap teruk dan tidak memuaskan hati penonton. 

    Malah salah seorang netizen berkata, filem itu boleh menyebabkan pawagam jatuh muflis selain membuatkan kisah dongeng Badang terpesong dari cerita asalnya. 





    from The Reporter http://ift.tt/2EXJsCg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment