loading...
  • Breaking News

    Saturday, February 10, 2018

    'Menyesal admin tolong kamu viral cari isteri, bila dah jumpa dibelasah pula'


    Viral di media sosial bebrapa gambar seorang wnaita cedera di mata, muka dan beberapa bahagian badan lain akibat dibelasah oleh suaminya dalam kejadian di Terminal Express Kapit, di Sibu, Selasa lalu. 

    Terdahulu dalam teks viral si suami meminta pengendali laman Facebook dan orang ramai membantunya mengesan isterinya yang didakwa telah melarikan diri dari rumah pada jam enam pagi Selasa, meninggalkan anak kecil mereka yang berusia sebulan lebih. 

    Menurut pengendali laman Facebook Borneo, lelaki terbabit pada awalnya meminta bantuan untuk mencari isterinya di media sosial. Bagaimanapun,  selepas ditemui, lelaki terbabit dipercayai gagal mengawal kemarahan lalu membelasah isterinya sehingga cedera. 

    "Menyesal admin tolong kamu viral cari isteri. Bila sudah jumpa, kamu bukannya nak selesaikan secara baik. Sebaliknya kamu membelasah isteri sendiri.

    "Memang kami tidak mencampuri urusan keluarga orang, tetapi jika sudah sampai memukul perempuan ini memang sangat keterlaluan. Mereka ada ibu bapa, bukan boleh dipukul sesuka hati," kata pengendali laman berkenaan. 






    Dalam kenyataan yang sama, turut dimaklumkan ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut. 

    Sementara itu, 'siasatan netizen' mendakwa lelaki terbabit yang bekerja di pelantar minyak itu berfoya-foya ketika isterinya berada dalam tempoh berpantang. Gambar lelaki itu bersama wanita lain juga turut didedahkan. 

    "2 Februari 2018, belum habis bulan Februari. Mamat tu berbini dua ke? Patutlah isteri lari, tak guna betul. Sekarang semuanya telah terbongkar, siapa yang malu?

    Isteri dia masih berpantang tetapi dia berfoya-foya dengan perempuan lain. Siapa tak meroyan? Sudahlah si isteri baru bersalin." kata Deacinta Sarawak.





    from The Reporter http://ift.tt/2BPyIYp
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment