Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah memberi jaminan bahawa kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi tanpa cop SPR juga boleh dikira sebagai undi yang sah, lapor MalaysiaKini.
Hashim dalam sidang media di Putrajaya berkata, SPR menerima aduan mengenai perkara itu dan beliau terus memberi jaminan kepada pengundi bahawa pegawainya di pusat pengundian mempunyai kebijaksanaan untuk menerima kertas undi sedemikian.
"Pegawai dan ejen-ejen pengundian yang berada di sana menyaksikannya. Oleh itu, kertas-kertas undi ini akan dipertimbangkan," katanya.
Pegerusi SPR juga berkata, kertas undi untuk Parlimen dan DUN yang dimasukkan ke dalam kotak undi yang salah akan diperbetulkan ketika proses pengiraan di hadapan ejen-ejen pengundian.
Selain itu, Hashim menegaskan tiada masa lanjutan yang akan diberikan untuk pengundi di mana tempoh mengundi akan berakhir pada jam lima petang mengikut masa yang telah diwartakan iaitu dari jam 8 pagi hingga lima petang.
Terdahulu, Hashim menjelaskan ada pengundi yang terpengaruh dengan mesej tular yang mendakwa akan ada orang lain yang mengundi menggunakan nama mereka menyebabkan sebilangan besar pengundi keluar serentak ke pusat pengundian sehingga menyebabkan kesesakan sedangkan SPR sebelum ini sudah memaklumkan supaya pengundi merancang dan keluar mengundi secara berperingkat agar tidak berlaku keseksakan dan terpaksa beratur panjang.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2I1aVs9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment