20 Mei lalu, seorang wanita datang ke balai polis di Henan, China, mendakwa anak perempuannya, Huahua, 1, telah hilang darinya, lapor Shanghaiist.
Wanita yang dikenali sebagai Wu dari wilayah Yunnan berkata, dia datang ke bandar itu untuk berjalan-jalan, namun terpisah dengan anaknya di stesen kereta api.
Bagaimanapun, selepas pihak polis menjalankan siasatan selama 10 jam, polis mendapati bayi perempuan Wu tidak hilang seperti yang didakwa oleh ibunya. Sebaliknya, bayi malang itu telah dijual.
Ketika disoal siasat, Wu mengaku telah menjual anaknya dengan harga 50,000 yuan (RM31,164) selepas tiba di Zhengzhou. Selepas mendapat hasil jualan itu, Wu pergi membeli belah dan membelanjakan 6,000 yuan (RM3,739) untuk produk kosmetik.
Pada 23 Mei, polis berjaya mengesan bayi perempuan itu dan mengembalikannya ke pangkuan bapanya dan menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerdagangan kanak-kanak.
from The Reporter https://ift.tt/2LwMwsu
via IFTTT
No comments:
Post a Comment