loading...
  • Breaking News

    Thursday, May 10, 2018

    Mahathir sah PM Ke-7


    Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, 9.56 malam hari ini.

    Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981.

    Sultan Muhammad V sudah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.

    Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam, Pakatan Harapan (PH) memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

    Mahathir pada PRU ini berjaya memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan memperolehi majoriti 8,893 undi menewaskan penyandang Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad dalam pertandingan tiga penjuru.

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter https://ift.tt/2Ix09tc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment