Penyiaran perlawanan Piala Dunia 2018 di RTM hanya membabitkan kos sebanyak RM30 juta sahaja, demikian kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sidang media di Putrajaya hari ini, lapor MalaysiaKini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo memaklumkan kos penyiaran Piala Dunia 2018 itu melibatkan kos sebanyak RM40 juta dan akan mendedahkan butiran terperinci mengenainya hari ini.
"Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018. Tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta. Sebahagiannya akan ditaja melalui pendapatan pengiklanan," kata Guan Eng.
Sementara itu Gobind berkata, RTM telah mendapatkan penajaan berjumlah RM15 juta dan ia dijangka akan terus bertambah serta butiran lanjut mengenai pihak penaja akan didedahkan pada sidang akhbar seterusnya.
Pihaknya juga telah mendapatkan hak penyiaran dari syarikat Sports and Media Distributo dan syarikat itu akan disemak jika ia terikat dengan stesen televisyen satelit, Astro.
from The Reporter https://ift.tt/2J0ROea
via IFTTT
No comments:
Post a Comment