loading...
  • Breaking News

    Thursday, May 10, 2018

    'Proses peralihan kuasa kerajaan perlu disegerakan' - KPN


    Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses peralihan kuasa kerajaan Malaysia perlu dilakukan dengan kadar segera mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak sihat timbul. 

    Mohamad Fuzi berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. 

    "Proses ini wajar dijalankan dengan segera bagi mengelakkan wujudnya sebarang spekulasi tidak benar dan sihat, sekali gus boleh menjejaskan ketenteraman awam.

    "Berikutan itu hasil perbincangan berkenaan akan kami persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dalam masa terdekat selain menjelaskan situasi semasa kepada Tuanku," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, petang tadi.

    Mohamad Fuzi juga meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar sepanjang tempoh peralihan kuasa kerajaan berlangsung. 

    "Apa yang ingin saya tegaskan adalah keadaan dan situasi semasa negara pada masa ini berada dalam aman tanpa sebarang kekecohan.

    "Selain itu, proses pengundian yang berlangsung semalam juga didapati terkawal meskipun ada beberapa insiden kecil membabitkan penyokong parti bertanding meraikan kemenangan," katanya.



    Sementara itu, tersebar juga gambar bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan sudah berada di Istana Negara sejak jam 5 petang tadi menunggu masa untuk mengangkat sumpah bagi menjawat jawatan penting itu. 

    Bagaimanapun, menurut sumber yang boleh dipercayai, upacara mengangkat sumpah itu akan berlangsung pada jam 9.30 malam. 



    from The Reporter https://ift.tt/2Iuy2e8
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment