Perkongsian kisah seram dari @AnisNadeera yang trending di Twitter baru-baru ini. Periksalah terlebih dahulu latar belakang seseorang itu sebelum mengambil keputusan untuk mengenalinya lebih rapat. Apa yang berlaku pada Anis adalah wajar dijadikan sebagai pengajaran.
Tidak dinafikan wujudnya manusia seperti bekas teman lelaki Anis yang menggunakan khidmat benda-benda mistik bagi tujuan membalas dendam. Namun, mujur Anis menceritakan kejadian yang berlaku pada dirinya kepada keluarga yang akhirnya membantu menyelesaikan masalah tersebut.
INI adalah bebenang. Aku nak buka cerita kisah seram antara aku dengan kawan-kawan kena kacau semasa kitorang dalam perjalanan ke Gunung stong. Tapi ini adalah makhluk yang dihantar sendiri oleh ex boyfriend aku. Memang agak kelakar bunyinya. Bulan puasa ini tak mau tipu-tipu ye.
Bismillahirrahmanirahim. Since ramai yang nak tahu kisah seram makhluk halus yang ex-bf aku hantar pada akua, baiklah aku akan cerita. Sebenarnya aku tak pandai sangat mengarang. InshaAllah, kisah dan pengalaman yang aku kongsikan ini dapat menjadi pengajaran kepada korang semua.
Sehari sebelum aku ke Gunung Stong, aku ada bergaduh dengan ex-bf. Aku bengang time tu, aku minta sepupu aku temankan aku. Yelah, sebab masa itu aku down tahap gila nak mampos. Aku perlukan orang untuk tenangkan aku. So kitorang boraklah apa yang terjadi semua.
Haa, kitorang bergaduh sebab masa itu dia kantoi dengan aku yang dia ada orang lain. Sudahlah kantoi dengan classmate aku sendiri. But it's okay, aku dah lama redha. Benda ini pun dah lama berlalu. Okey, time tu aku memang bengang gila. Kawan aku, call nama dia 'Putry' (nama samaran) jelah gais.
Aku dah pelik, yelah kami dah lama tak contact kan. Bermulalah perbualan kami.
Putry: "Beb, kau kat mana? Free tak malam esok?"
Aku: "Aku kat rumah je, free. Asal beb?" selamba aku jawab, padahal masa tu memang tak ada mood langsung nak keluar rumah, yelah tengah broken kan.
Putry: "Aku nak ajak kau pergi hiking esok, tapi malamlah beb kita bertolak."
Aku: "Dekat mana? Pukul berapa?"
Putry: "Dekat Gunung Stong, pukul dua pagi. Aku datang ambil kau. Aku ajak member aku juga tau."
Aku" Okey, aku on. Jumpa malam esok Put."
Malam itu jam 12 malam, BF aku call chat banyak kali, aku tak angkat. Aku off phone aku. Aku pesan pada Putry kalau ada apa-apa, call nombor cousin aku. Cousin aku dah tak sedap hati. Yelah, aku nak keluar malam-malam dengan keadaan aku yang tak berapa okey. Dia risau sangat, takut apa-apa terjadi pada aku.
Aku tengah pack baju masa itu. Tepat jam 2 pagi, Putry call aku. Katanya dah sampai di depan rumah. Masa itu aku pandang saja cousin aku di pintu rumah sambil melambai tangan padannya, nak menunjukkan pada dia yang aku okey.
Seingat aku, kitorang naik kereta Perodua Alza, semua ada lima orang termasuk aku. Tiga lelaki, dua perempuan. Aikal, Reza, Isey, Putry dan aku. Ini Putry punya member la. So diorang semua berumur 19 tahun ke atas, kira masa itu aku under age. So aku masuk kereta, jam 2.15 pagi kitorang gerak ke Gunung Stong.
Untuk kitorang pergi ke tempat itu agak mengambil masa sikit sebab kitorang banyak singgah menyinggah. Yelah, nak pergi hutan kan, nak-nak lagi gunung. Nak kena beli barang-barang keperluan apa semua. Sampai di kedai runcit, aku tak turun dan stay dalam kereta. Aku kirim dengan member aku. Tiba-tiba ex-bf aku mesej.
Anis, aku cakap aku nak selesai malam ini, kau pergi juga. Kau tunggu, kau ingat kau boleh lari dari aku." katanya.
Aku tak cuak langsung sebab aku fikir apa saja yang dia boleh buat? Dia di Pahang dan aku di Kelantan, kau rasa dia mampu buat apa saja?
Since ramai yang tak tahu, ex-bf aku ini jenis yang terlalu obses dengan cinta. Walaupun dia tahu dia punca masalah, tetapi dia masih tak nak lepaskan aku. Tambah pula aku yang sangat degil dan dia baran. Memang susahlah kan nak dapat kesefahaman di antara kami.
So, kitorang blah dari kedai yang kitorang singgah. Nak dijadikan cerita, si Isey, member Putry ini suka buat lawak. Agak terhiburlah kitorang bila dia ada. Tengah asyik kitorang melayan Isey berteka teki, berdikir barat sama-sama, dah gelak sampai nak pecah kereta, hilang sikit stress aku.
Malam itu, jalan agak gelap. Lampu jalan pun tak ada. Kitorang cuma berborak dalam kereta. Seingat aku, dah dekat jam 3.45 pagi, mata masih segar sambil mendengar lawak-lawak bodoh si Isey dan mulut makan snack. Haha! Masa itu dah macam tengok Maharaja Lawak, sumpah terhibur aku.
Jam 4 pagi, kitorang lalu betul-betul depan Sekolah Kuala Krai. Tiba-tiba semua senyap kecuali aku tersengih-sengih teringat lawak si Isey tadi. Si Aikal yang duduk di depan sebelah pemandu suruh aku diam.
"Anis, senyak meta deh" (maksud senyap sekejap ye).
So, aku degil, aku hiraukan si Aikal. Masa itu radio yang kuat berkumandang, si Aikal tutup. Kereta yang dipandu si Reza berhenti mengejut! Semua tersentak!
"Weh! Aku langgar nate gapo tadi?!" soal Reza.
Kami berhenti di depan sekolah, tetapi semua masih berada di dalam kereta. Si Reza kata dia rasa ada benda yang lalu di depan kereta dan ada bunyi pelik. Seolah-olah macam bunyi babi hutan yang kena langgar dengan kereta. Aku rasa benda ini macam kelakar ada, logik pun ada. Aku yang agak nakal masa tu, terlepas cakap.
"Iye ke babi hutan? Entah-entah hantu raya. Hahahaha!" boleh pula aku gelak sakan masa itu. Putry apa lagi, dia tampar tangan aku yang tengah gelak tutup mulut sebab aku celupar. Haih! Aku pun satu hal, bangang tak behave.
Si Aikal pandang tepat pada mata aku. Aku dah cuak. Tiba-tiba ada satu makhluk besar yang menyerupai burung berwarna putih sebesar alam. Korang bayangkan sampai boleh hempap satu cermin kereta depan. Kami semua terkejut! Aku yang kononnya berani tadi dah awal-awal peluk Putry. Benda itu hempap sekejap sahaja.
"Eh? Gi mano burung besar tadi?" si Aikal bersuara.
"Kaba-kaba duk atah bumbung keto (entah-entah atas atap kereta ini," aku pun bersuara dan terus Putry cubit paha aku. Haha!
Tiba-tiba burung itu muncul depan cermin kereta seperti dalam gambar ini. Muka si burung putih besar ini bukanlah seperti dalam gambar. Dia bermata merah, muka seperti kena cucuk dengan duri. So aku yang pertama kali melihatnya terkejut yang amat! Aku tergamam, si Aikal dan Reza pandang aku di seat tengah.
Aku diam masa tu sebab rasa berat sangat kepala aku. Aikal yang tengah pandang aku ini seolah-olah meminta aku keluar dari kereta. Dia pandang aku dan kata, "Kau buat apa tu? Kau keluar sekarang!"
Aku pun benganglah kan, kenapa mamat ini tiba-tiba suruh aku keluar, nak buat aku kat sini ke apa? So, Putry pun ikut sama minta aku keluar dari kereta.
"Anis, turunlah. Aikal suruh turun tu."
Aku berdegil, aku tetap tak nak keluar. Kau gila? Nak aku turun tempat gelap macam ni? Aku nak buat apa di sini? So, aku syak diorang nak buat benda jahat pada aku. Hahaha! Jahat kan mindset aku.
Tiba-tiba Aikal turun dari kereta, buka beg. Reza bersuara, "Ambil keris kau dalam beg, yang ini aku simpan."
Aku dah berdebar gila masa itu. Aku cuma fikir mak dan ayah aku saja masa itu. Aikal buka pintu belakang dan dia suruh aku keluar juga. Aku pandang Aikal sambil air mata aku mengalir.
"Anis, Anis buat apa? Anis okay tak?" soal Putry.
Haih! Aku bengang, asal kejap baik kejap suruh aku keluar dari kereta? So si Reza suruh aku diam sebab aku dah mula menangis tak berhenti-henti. Dia suruh aku tunduk. Aku pun apa lagi, aku tunduk sajalah dan dengar saja apa dia cakap, mana tahu terlepas kan?
So aku pelik, kenapa Aikal asyik pandang belakang. Aku syak dia pandang Isey yang duduk di seat belakang. TIba-tiba Aikal pegang bahu aku. Aku sentakkan tangan Aikal. Dah kenapa mamat ni? Pelik betul.
"Anis jangan risau, Aikal pandai bab-bab macam ni," kata Putry.
Aku masih keliru masa tu. Aku tak faham apa yang sebenarnya sedang berlaku. Aikal bercakap dengan benda yang ada di atas bahu aku sambil pegang bahu aku dengan keris di tangan dia.
"Kau nak aku buang kau cara halus ke kasar?"
Masa itu juga aku pengsan. Selepas kereta dah gerak dari depan sekolah, aku bangun. Masa itu diorang pasang suruh yassin menggunakan telefon bimbit aku. Aikal minta Putry basahkan air di muka aku. Mungkin air yang telah dicampur dengan bacaan ayat-ayat suci. So aku sambung berehat.
Tiba-tiba kereta kitorang naik itu ada bunyi side mirror kena langgar.
"Aikal, kau nampak tak apa benda tadi tu?" soal Reza.
Burung yang kedua ini kecil saiznya berbanding burung yang pertama tadi.
"Takpo, mu bowok jah, mu toksoh caro dio (kau bawa je terus, tak payah pedulikan dia)," kata Aikal.
Ada pula seekor lagi burung yang sama saiznya dengan burung yang kedua, lalu di sebelah Reza, Reza ikut nasihat Aikal, tak perlu pedulikan makhluk yang lalu di sebelah side mirror. Semua terdiam, tiada seorang pun yang berani bersuara, hanya kedengaran surah yassin yang dipasang dalam kereta.
Jam 5.30 pagi, kami sampai di stesen kereta api (tak ingat nama tempat itu). Ak yang tertidur tadi tersedar sebab bunyi suara orang. Pintu seat tengah dibuka, mungkin aku tidur, diorang tak nak bagi aku kepanasan. So aku panggil Putry dan tanya di mana kami berada.
Putry beritahu yang kami berhenti sekejap sebab Reza nak pergi ke tandas. Aku iyakan saja. Jadi, Aikal panggil aku dan cakap kalau nak pergi tandas, ajak Putry sekali. Aku perhatikan Aikal, tengah jiruskan air di setiap penjuru kereta. Mungkin air yang sama Putry sapu di muka aku tadi.
Kitorang sambung perjalanan. Aikal beritahu yang kami akan singgah di surau untuk solat Subuh. Masuk dalam surau, aku sempat tanya Putry, apa yang terjadi sebenarnya sebab aku masih keliru. Putry pula tetap tak nak beritahu apa-apa.
"Tak ada apalah. Anis tak payah fikir sangat."
Waktu itu dah jam 6.50 pagi. Kami sambung perjalanan ke destinasi yang kami tuju. Muka dah barai waktu itu, rasa macam tak larat. Tambah lagi asyik memikirkan yang ex-bf aku kata dalam mesej dia hantar sebelum aku bertolak. Haih! I can't brain la manusia macam ini punya perangai pun ada.
Tepat jam 7.30 pagi, kami sampai di depan pintu gerbang tempat masuk ke Gunung Stong. Nak dijadikan cerita ada kereta park di belakang kereta kami. Ada seorang lelaki dan seorang perempuan mengandung. Tiba-tiba lelaki yang bawa kereta itu datang mengetuk pintu cermin. Aikal pun keluar.
Okay, yang ini kelakar. Yang lelak itadi rupanya abang ipar Putry. Putry yang ajak aku temankan dia hiking ini tak minta izin sebelum datang. Jadi Aikal beritahu, minta Putry balik ke rumah ikut abang ipar dia dan kakaknya. Jadi berlaku sedikit salah faham di antara mereka.
Putry tanya aku, kalau aku nak teruskan perancangan atau nak ikut dia balik ke rumah dulu. Aku keliru. Aikal dengan muka kerut. Terus cuak aku. Jadi abang ipar Putry pun bersuara.
"Why no Anis, awak ikut Putry balik. Lagipun tak elok awak seorang perempuan."
So aku ikut saja, yelah sebab takut juga kan apa-apa jadi. Sampai di rumah Putry, tiba-tiba teringat apa yang jadi depan sekolah. Aku call abang aku, minta tolong ambil aku di rumah Putry. Sampai rumah, aku menangis-nangis dalam bilik macam orang tak betul. Mak aku pelik, mak aku bacakan ayat-ayat suci terus tiup di telinga aku.
Keadaan aku masa itu dah okey, cuma trauma itu masih ada. Aku rasa benda itu masih ada perhatikan gerak geri aku dalam bilik. Tiba-tiba ex-bf aku call, aku angkat tetapi aku diam sebab masih bengang teringatkan apa yang dia cakap.
Perbualan kami bermula.
"Hello, haa! Macam mana kau dah balik? Dah serik kena?"
Aku dah pelik, apasal mamat ni? Mana dia tahu aku keluar? Sedangkan yang tahu cuma cousin aku.
"Berapa yang kau dapat itu setimpal dengan niat kau nak tinggalkan aku," katanya dan aku diam.
Jadi aku rasa pelik. Ke ini yang dia maksudkan aku akan mendapat akibat seperti ini yang dia beritahu dalam mesej. Aku bersuara sebab yelah dah rasa pelik gila dah ni dengan mamat ini.
"Apa yang kau tahu pasal aku semalam?"
Dengan selamba bodoh dia gelak terbahak-bahak macam orang tak ada iman.
"So berapa saka aku kau terserempak semalam?" soalnya.
"Haha! Kau cakap pasal saka siapa ni? Sorry aku tak ada jumpa saka kau semalam," aku tanya soalan-soalan itu pada dia sebab aku mahukan kepastian.
Dia dengan selamba badak tergelak besar. "Aku hantar tiga saka nenek moyang aku dekat kau semalam itu semua untuk bagi kau sedar. Kau tak boleh lari dari aku. Ingat setakat Gunung Stong, jangan ingat aku tak boleh cari kau," katanya.
Selepas aku dengar, aku terus letak phone. Aku pergi dekat mak aku. Aku menangis-nangis. Sebelum aku cerita, mak aku minta aku ambil wudhu untuk aku lebih tenang bila bercerita. Sambil cerita sambil menangis. Ambil masa juga aku nak cerita apa yang berlaku pada malam itu kepada keluarga aku.
Walaupun benda ini nampak kecil tetapi bila puncanya datang dari sendiri, susah untuk kau luahkan.
Seminggu selepas kejadian, aku dapat tahu simkad aku, abang aku dah tukar. Mamat yang aku cakap itu, abang aku sound. Aku tak tahu apa yang abang aku cakap. Sampai sekarang dia tak berani munculkan diri.
Jadi pengajarannya di sini, especially untuk gadis di luar sana tolong jaga diri anda. Jangan terlalu mudah percayakan lelaki. Siasat udlu latar belakang mereka. Disebabkan cerita cinta jarak jauh kami ini yang menyukarkan untuk kami kenal masing-masing. Aku harap dia dah berubah.
Yang jenis mulut tak boleh jaga/kawal bila pergi mana-mana, aku minta korang jaga adab percakapan. Dengan siapa dan di mana korang berada. Apa yang kau nak buat, pertama sekali betulkan niat. Rasulullah S.A.W pernah bersabda.
"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat".
Assalamualaikum selamat berpuasa.
Sumber: @AnisNadeera
from The Reporter https://ift.tt/2L0CcIj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment