Dalam sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya tiga nama sahaja yang diumumkan bagi menjawat jawatan penting di tiga kementerian.
Seperti mana yang sudah diketahui umum, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PRK) Datuk Seri Dr. Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan kedua terpenting itu.
Lim Guan Eng, diberi peranan menjawat jawatan Menteri Kewangan, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.
Sementara itu, tujuh lagi Menteri Kabinet iaitu Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar akan diputuskan berdasarkan pertimbangannya selewat-lewatnya minggu depan.
Majlis Pemimpin Utama Pakatan Harapan (PH) juga akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluan berkaitan ahli Kabinet, di mana wakilnya akan ditentukan setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk WARISAN di Sabah dan wakil dari Sarawak.
Majlis Pemimpin Utama PH antaranya terdiri daripada Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz , Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican, Tan Sri Robert Kuok dan Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram.
Dalam sidang media itu juga, Mahathir mengesahkan beliau telah mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
from The Reporter https://ift.tt/2KWLYMb
via IFTTT
No comments:
Post a Comment