loading...
  • Breaking News

    Sunday, May 6, 2018

    'Kek kahwin aku berkulat, budak-budak makan sampai cirit-birit' - Pengantin dimarah tetamu kerana hidang kek berkulat


    Seorang pengantin perempuan meluahkan rasa kesal dan kecewanya terhadap sebuah syarikat perunding perkahwinan yang telah merosakkan majlis perkahwinannya pada 25 Mac lalu. 

    Pengadu yang memuat naik status dan gambar itu berkata, pihak terbabit menghidangkan kek perkahwinan yang telah rosak sehingga menyebabkan tetamu yang hadir mengalami cirit birit. 

    "Wahai ******** ****** Johor. Maaf, kesabaran aku memang dah habis. 25 Mac 2018, kau dah memalukan majlis aku. Kek datang lambat, jam 4 lebih baru kau sampai, aku boleh maafkan lagi," tulisnya. 

    Difahamkan, pengadu diberi kek tiga tingkat bukan seperti yang ditempahnya sebelum ini. Masalah timbul bilamana ada tetamu yang mengadu kek kahwin itu berkulat sehingga menyebabkan anak-anak tetamu yang makan cirit birit.

    "Kek kahwin aku tempah, bukan kek aku tetapi kek macam tepi jalan kau bagi. Aku boleh maafkan lagi. Tetapi bila kek busuk, hitam berkulat, memang aku hilang sabar. Budak-budak makan sampai cirit birit. 

    "Belum lagi aku turun pelamin settlekan masalah, bila mak bapak diorang marah aku sebab kek dan tanya kenapa kek busuk. 



    "Dan pihak kau buat bodoh. WhatsApp, call, dan mesej langsung tak bagi respon. Sampai aku datang office, baru kau mengelabah dan tahu malu dengan customer kau. 

    "Mula-mula offer pakej bukan main baik, tetapi bila dah dapat duit, kau buat bodoh. Kata nak refund, aku pergi office kau empat kali pun masih nak tarik tali lagi nak refund. Alasan borang tak dapat. Email tak sampai seminit la. 

    "RM16,800 bukan sikit aku bayar. Kau just nak refund RM250 pun tunggu berbulan-bulan ka? Please la, jangan malukan company sendiri konon popular dengan artis Norman Hakim dan Memey kan. Siapa yang nak kahwin itu, fikirlah," tulis pengadu. 

    Selain itu, pengadu turut mendedahkan hidangan yang disediakan seperti ikan siakap juga berbau dan sotong goreng tepungnya tidak masak. 

    Menurutnya, komennya di laman Facebook rasmi syarikat berkenaan juga telah disembunyikan. Malah ada beberapa rakannya turut memuat naik komen berhubung kejadian itu juga menerima nasib yang sama dan terus disekat. 


    from The Reporter https://ift.tt/2HYlAjg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment