loading...
  • Breaking News

    Wednesday, May 16, 2018

    'Saya nak luangkan masa bersama dengan keluarga tercinta' - Anwar dibebaskan, kembali berpolitik selepas Aidilfitri


    "Alhamdulillah, terima kasih Tuanku," demikian reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur, susulan pembebasannya. 

    Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. 

    Anwar yang wajahnya tidak lekang dengan senyuman berkata, beliau kini mahu fokus pulang ke kediamannya dan meluangkan masa bersama dengan keluarga tercinta. 


    Isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, detik-detik itu adalah detik yang paling bermakna buatnya . 

    "Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega. Ia satu permulaan untuk membina negara," katanya. 

    Sementara itu, peguamnya, R. Sivarasa menjelaskan, Anwar akan kembali ke parlimen beberapa minggu selepas menyambut Aidilfitri. 

    "Beliau bukan saja bebas secara fizikal tetapi juga boleh menyertai politik selepas pengampunan diberikan. 

    "Anwar mungkin akan berehat terlebih dahulu untuk menemui sahabat-sahabat beliau sebelum kembali aktif dan selepas raya kita akan memulakan proses untuk mengembalikan beliau ke Parlimen. 

    "Bagaimanapun ia bergantung dengan rundingan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.


    Semalam media melaporkan, Tun Daim menegaskan adalah tindakan kurang cerdik jika menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam masa terdekat ini kerana ada banyak masalah yang perlu diselesaikan oleh Tun Dr Mahathir yang dianggarkan mengambil masa lebih kurang dua tahun. 

    Terdahulu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjalani hukuman penjara selama lima tahun sejak Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. 

    Anwar dipenjara di Penjara Sungai Buloh dan dijadual akan dibebaskan pada 8 Jun depan. 



    from The Reporter https://ift.tt/2IpRPYS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment