Sikap dengki dengan kejayaan orang lain membuatkan ada individu yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan syirik walaupun telah jelas perbuatan ini bertentangan dengan agama. Perkara sebegini seringkali terjadi kepada golongan peniaga.
Seringkali kita mendengar peniaga kedai makan yang secara tiba-tiba mengalami kerugian, jatuh sakit, tiada pelanggan dan sebagainya. Dan apabila diselidiki, puncanya adalah dari perbuatan khianat orang lain.
Bukan sahaja peniaga kedai makan atau restoran mengalami keadaan seperti ini, malahan peniaga online juga turut terkena tempias. Seorang pengamal perubatan Islam berkongsikan kisah seorang pesakitnya yang merupakan peniaga online. Pesakitnya telah terkena gangguan akibat cemburu sehinggakan dia tidak mampu menjalankan bisnesnya seperti biasa.
KITA biasa dengar buat orang yang berniaga kedai buka tetapi orang kata tutup. Orang seolah tak nampak tempat yang mereka berniaga jika dibiarkan tak buat sesuatu memang terus tutuplah kedai itu. Tapi sejak akhir-akhir ini ramai pula pesakit yang datang kebanyakan perniaga online.
Dulu peniaga ini kata, jika post di Facebook, Instagram banyak yang order. Kebanyakan customer tetap. Tapi sekarang jangankan nak order, satu like pun payah nak dapat. Sehingga buat Fb Ads iklan berbayar pun, masih kurang sambutan macam dulu. Seolah-olah orang tak nampak apa yang dipost di Facebook. Di group WhatsApp customer tetap pun tak ada sambutan.
Bukan seorang saya jumpa, banyak sangat sejak akhir-akhir ini. Ada satu pesakit itu bila saya bacakan Ruqyah beliau terus menjerit. Beliau menjalankan bisnes online jual semua jenis kek. Bila diruqyah, beliau terus tidak sedarkan diri. Bila ditanya dari mana, dijawabnya, "Berhenti kamu berniaga online sekarang, aku tak suka! Aku tak suka kamu berniaga, kau faham tak?!"
Saya bertanya, "Kenapa kamu dengki?"
Dia jawab, “Kerana apa yang dia niagakan sama dengan aku. Aku buat dia sakit tangan, sakit belakang, sakit tengkuk belikat. Bila dia nak buat kek aku buat dia sakit kepala, jadi malas, mengantuk. Bila orang order aku buat dia tak semangat.
“Bila dia buat iklan, aku ganggu fikiran dia supaya ayat iklan dia jadi tak menarik membuatkan orang tak suka melihat post dia. Hahahahahaha! Aku puas hati sekarang. Aku tengok kat Facebook dia dah kurang buat iklan. Aku buat dia tak boleh tidur malam, jadi cepat marah-marah pada suami dan anak-anak. Aku nak buat dia hidup dalam tekanan. Hahahahahah!” ketawa jin yang menumpang tersebut.
Saya tanpa buang masa teruskan Ruqyah. Syukur alhamdulillah izin Allah dapat keluarkan jin tersebut. Patutlah setiap kali di post kurang like, kurang sambutan. Ayat iklan dah tak menarik macam dulu kerana diganggu emosinya.
Syukur Alhamdulillah izin Allah kebanyakan selepas rawatan, perniagaan kembali berjalan seperti biasa. Bila badan sihat semuanya di permudahkan. Fikiran emosi stabil dan semuanya jadi mudah.
Ramai di luar sana tak pasti sama ada dalam diri mereka ada gangguan atau tidak. Ramai juga pada zaman sekarang masih tak mempercayai tentang gangguan makhluk halus ini. Bagi seseorang yang terkena gangguan,beliau mesti lah mempunyai tanda-tanda di bawah. Antaranya:
- Kerap sakit belakang dari tengkuk belakang, belikat bahu. Kerap rasa tak selesa. Manakala tangan juga kerap lenguh dan kebas.
- Kerap sakit kepala, umbun-umbun menyucuk-nyucuk, dahi kerap berat walaupun makan ubat, sakit tetap tak hilang.
- Kerap sedawa, kembung perut, dada kerap sesak nafas, tarik nafas seolah sangkut cungap. Kerap rasa seperti tercekik.
- Kerap berdebar-debar takut tanpa sebab. Tiba-tiba badan berpeluh, resah gelisah tanpa sebab. Takut berhadapan dengan orang, kerap berkurung dalam bilik. Tidak suka berdepan orang ramai.
- Kerap bisa kaki, bangun pagi tapak kaki menyucuk, bisa tangan.
- Rambut banyak gugur walaupun dah macam produk pakai tetap gugur rambut
- Kerap terbau busuk, hanyir, bau colok, kemenyan, setanggi, kapur barus di dalam rumah
- Kerap ternampak kelibat bayangan hitam dan putih.
- Kerap terdengar rumah diketuk, dengar guli atas rumah, dengar ketuk sambal, dengar tarik kerusi meja rumah, dengar belaga sudu.
- Bila tidur seolah diperhatikan seseorang seperti kelibat hitam.
- Kerap beremosi, cepat marah pada pasangan suami@isteri. Cepat marah pada anak benda kecil mudah jadi besar.
- Kerap rindu, sayang pada seseorang yang kita pernah sayang. Tapi hati tiada pada beliau (Sihir pengasih dan Pemisah).
- Mata kerap mengantuk bila masuk tengahari, di tempat kerja, lesu.
- Gelisah tanpa sebab di waktu malam, jadi sukar tidur malam.
- Kitaran haid tak normal, kerap menyucuk kiri dan kanan perut. Kerap berdenyut-denyut di atas ari-ari.
- Kerap bermimpi menyusukan budak kecil, bermain budak kecil, dukung budak kecil, diberi orang budak kecil
- Kerap mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi tempat kotor najis dan sebagainya.
- Kerap bermimpi banjir yang menakutkan.
- Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali.
- Kerap mimpi orang tua, nenek tua.
- Kerap mimpi suami atau isteri curang dengan orang lain.
- Kerap mimpi orang mati.
- Kerap mimpi dikejar seseorang tak dikenali.
- Mimpi sesat dalam hutan.
- Mimpi pergi rumah kampung lama.
- Mimpi binatang berbisa seperti ular, jengking, harimau, buaya.
- Mimpi makan benda kotor, makan najis.
- Mimpi orang yang kita kenal tanpa sebab tapi kerap mimpi beliau.
Itulah tanda-tanda yang kerap berlaku pada seseorang yang terkena gangguan makhluk halus samada gangguan sihir pemisah, sihir pengasih, santau, saka keturunan tanda-tanda gangguan lebih kurang sama sahaja seperti di atas. Nasihat saya jika lebih daripada 5 tanda-tanda di atas pergilah rawatan Islam berhampiran anda. Jangan lambat diubati.
Moga dijauhkan semuanya di atas berlaku pada diri kita, pasangan kita dan family kita Aamiin.
Silakan share. Sekiranya berlaku seperti di atas cepat-cepatlah dapatkan rawatan Islam berhampiran.
- #BerniagalahSecaraSihat
- #RezekiDtgDariAllah
- #sentiasalahbersyukur
- #ApaYgKitaAda
- #NescayalahAllah
- #Sentiasamengcukupkan
- #UntukKita...
- #AamiinYaAllah..
Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
WhatsApp: 0173574498
from The Reporter https://ift.tt/2Q3yuA5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment