"Jangan cari lelaki yang jenis kaki pukul," demikian nasihat remaja perempuan berusia 13 tahun cedera di bahagian muka didakwa akibat dipukul teman lelakinya, lapor Oh My Media.
Mangsa, Amalin, yang mempunyai lebih dari 73,000 followers di Instagram, telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menasihatkan golongan remaja perempuan di luar sana tidak menjadi mangsa baran pasangan masing-masing.
"Terima kasih lah kepada yang talam tu, fitnah la lagi okey banyak-banyak. Buat kat aku tak apa, aku maafkan. Jangan buat dekat orang lain.
"Aku ni bukannya baik sangat tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh. Lagi satu, jangan cari lelaki yang jenis kaki pukul. You better move on.
"Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuklah lagi. Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti, carilah aku. Jangan pukul girls lain okey.
"BTW, thank you for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua. I will reply as soon as posibble. I really appreciate it.
"Niat cuma nak nasihat perempuan lain, jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. Girl's take care of yourself okay, jangan jadi macam kita," katanya.
Walau bagaimanapun, difahamkan remaja berkenaan telah menarik balik laporan polis yang dibuat, atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.
from The Reporter https://ift.tt/2p5Qcr5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment