loading...
  • Breaking News

    Saturday, September 29, 2018

    Doa Menghadapi Peperiksaan dan Doa Mudah Belajar Supaya Ingat


    Apabila peperiksaan sekolah semakin dekat ramailah ibu bapa yang akan rungsing bagaimana anak mereka akan menjawab soalan exam nanti. Mereka pasti akan mencari kaedah dan cara belajar yang berkesan untuk anak mereka, cara menghafal pelajaran, doa mudah belajar atau doa menghadapi peperiksaan seperti Surah Al A’la dan sebagainya.

    Sebenarnya banyak cara dan tips untuk menghafal pelajaran dengan mudah yang dikongsikan ramai guru-guru dan pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang. Walau bagaimanapun, mengulangkaji pelajaran adalah perlu untuk memantapkan lagi pembelajaran.

    Doa belajar dan cara mudah menghafal

    Semua ibu bapa inginkan anak mereka yang menuntut ilmu berjaya dalam pelajaran.

    Perkongsian dari seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Mohd Fadli Salleh III ini pasti akan membantu ramai pelajar sekolah untuk mudah belajar dan juga menghadapi peperiksaan kerana amalan yang dikongsikan itu akan memudahkan para pelajar menghafal dan mudah ingat apa yang dipelajari dengan mengamalkan Surah Al A’la dan beberapa perkara lain yang harus dibuat sebelum exam.

    Doa Menghadapi Peperiksaan dan Doa Mudah Belajar

    Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.

    Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.

    Ini juga boleh dikatakan sebagai doa penerang hati dalam pelajaran dan sebagai cara mudah menghafal supaya ingat dan tidak mudah lupa malahan doa ini juga boleh digunakan untuk anak atau mereka yang sedang belajar membaca Al-Quran, hafal sifir dan sebagainya yang melibatkan ilmu dan pendidikan.


    Ini adalah amalan yang boleh mengelakkan kita lupa apa juga ilmu yang telah dipelajari, dihafal dan sedang belajar. Untuk membaca doa mudah belajar ini sangat senang tuan-tuan untuk diamalkan.

    1) Sebaiknya berwuduk dahulu.
    2) Ambil segelas air kosong.
    3) Baca Surah Al A’la ini.
    4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
    5) Sambung bacaan hingga akhir ayat.
    6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.

    Sangat baik diamalkan di waktu pagi di hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga jika boleh diamalkan.


    Surah Al A’la dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Mohd Salleh

    Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.

    Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.

    Silalah kongsi ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

    Mohd Fadli Salleh – Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru.

    Semoga perkongsian doa menghadapi peperiksaan dan doa mudah belajar dengan menggunakan Surah Al A’la dan cara untuk melaksanakannya ini dapat membantu semua ibu bapa dan semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan serta kepada mereka yang sedang menuntut ilmu.

    Semoga bermanfaat.


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2xYeZS2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment