Kejadian itu berlaku di Taman Yuhuan di Taizhou, wilayah Zhejiang, ketika perayaan kuih bulan pada Isnin lalu.
Kanak-kanak berusia lima tahun itu menaiki Ferris Wheel bersendirian selepas ibunya, Liu, berbincang dengan operatornya.
Difahamkan, Liu merasakan kos tiket sebanyak 30 yuan (RM18) itu terlalu mahal, lalu dia meminta operator berkenaan membenarkan anaknya menaiki Ferris Wheel itu tanpa pengawasan orang dewasa.
"Saya tidak tahu bagaimana si ibu berjaya memujuk kakitangan bertugas itu. Dia sendiri setuju untuk membiarkan anaknya menaiki gondola itu seorang diri," kata saksi.
Malangnya, tindakan si ibu mengundang padah apabila anaknya, Xiaoliang memanjat tingkap gondola dan tergelincir ke luar.
Dalam video yang sempat dirakam orang awam, leher Xiaoliang dilihat tersangkut di celahan besi penghadang yang menghalangnya dari terjatuh. Orang awam yang melihat kejadian itu menjerit kerana bimbang dengan keselamatan kanak-kanak terbabit.
"Saya tengok betul-betul dan rupa-rupanya kelibat seorang kanak-kanak. Mula-mula kakinya keluar dari besi penghadang, tak lama selepas itu, seluruh badannya pula. Mujur dia tak terjatuh," kata saksi lain.
Xiaoliang hanya mengambar calar di bahagian lehernya, namun masih diperiksa kerana bimbang ada kecederaan yang lain.
Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa menggantung perkhidmatan Ferris Wheel itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Next Shark
from The Reporter https://ift.tt/2ONWLKh
via IFTTT
No comments:
Post a Comment