loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 18, 2018

    'Isteri dah terguling-guling menahan kesakitan' - Usus alami luka selepas makan mee viral, tanggung kos RM10,000 untuk rawatan


    "Lain orang, lain daya ketahanan," demikian kata Otad Al Miko, yang berkongsi kisah isterinya mengalami luka di bahagian usus akibat makan makanan pedas sehingga memudaratkan dirinya. 

    Menurut Otad, setiap kali isterinya makan mee tersebut, tidak pernah langsung dia minum air kerana mee viral itu langsung tidak pedas seperti yang didakwa netizen. 

    Namun keadaan berubah pada satu malam itu apabila pasangan berkenaan terpaksa menanggung kos rawatan hampir RM10,000. 

    INI kisah tiga tahun lalu. Abang nak ingatkan semua. 

    Isteri abang makan benda ini setiap minggu dan dalam masa sebulan, usus perutnya jadi luka. Ingat tak waktu itu semua orang di Malaysia gila-gila nak buat Ramen Challenge ini?

    Isteri makan habis sebekas, tetapi setiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air. Memang abang pun kagum tengok dia makan sambil tak perlukan air. 

    Akhirnya, terpaksa tanggung kos rawatan dan perubatan hampir RM10,000 (dalam satu malam) untuk masukkan kamera dalam perut, mencari puncanya kerana isteri dah terguling-guling menahan kesakitan pada malam kejadian itu. 

    Dikejarkan juga ke Hospital Columbia sebab dah ramai sangat orang di Hospital Taiping pada waktu malam kejadian. 

    Dalam kamera dan x-ray dapat tengok bahagian luka itu. Doktor kata lukanya kecil sahaja tetapi azabnya tak terkata. Allah sahaja yang tahu. 

    Luka di bahagian usus amat berbahaya kerana ia kawasan yang sentiasa basah dan sukar untuk sembuh. Makanan pedas dapat menyebabkan luka pada lapisan mukosa yang sensitif atau pada usus kecil yang biasa disebut duodenum (ulkus duodenum), kata doktor.

    Punca kesakitan yang tak tertanggung itu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ini. Hati-hati ye, tanda-tanda luka itu, pada mulanya perut akan rasa susah nak sendawa dan terasa ada angin dalam perut. Lama kelamaan ia akan jadi sakit seperti dicucuk di ulu hati dan selepas itu baru berguling-guling menangis kesakitan.

    Abang tak larang korang makan. Nak makan pun, makanlah. Tetapi kalau jadi seperti isteri abang barulah sedar yang terlampau pedas itu boleh memudaratkan. Mungkin lain orang tahan dan mungkin ada orang tak tahan ususnya. 

    Sebenarnya duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu tiada gantinya. Lidah dan mulut mungkin boleh menahan pedas, tetapi bahagian dalaman belum tentu. 

    Sumber: Otad Al Miko


    from The Reporter https://ift.tt/2OxOCJH
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment