Video seorang gelandangan disembur dengan cat merah oleh sekumpulan lelaki viral di media sosial sebelum ditemui mati di Esto Cemetery, tiga hari selepas kejadian itu, lapor The Sun.
Video kejadian yang menimpa mangsa, Michael Cash, itu dimuat naik oleh seorang juruhias dalaman yang merakam dan memuat naik video tersebut di media sosial dengan kapsyen yang melampau.
"Ini caranya kami menangani pengemis jalanan. Itu dia, sembur sampai mati," tulisnya Aaron Jones.
Bagaimanapun, tindakan bodohnya itu mengundang padah apabila netizen mula menyalahkan Aaron yang dipercayai terlibat dalam insiden itu sehingga dia menerima ugutan yang mengancam keselamatannya.
Sedar dirinya menjadi sasaran netizen, Aaron kemudian memadamkan video tersebut dan kini terpaksa meminta perlindungan daripada polis. Malah, Aaron terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak terlibat dalam serangan itu.
"Bukan saya yang menyembur lelaki itu dengan cat. Saya terserempak dengan kejadian itu selepas keluar dari sebuah restoran lalu merakamnya dan memuat naik video berkenaan ke media sosial.
"Saya minta maaf serta bersimpati kepada lelaki itu serta keluarganya. Namun saya tidak bertanggungjawab dengan kematiannya. Saya kini memerlukan perlindungan polis," katanya.
Pihak Polis Cleveland menerima laporan mengenai kejadian itu pada Ahad minggu lalu sebelum menerima panggilan mengenai penemuan mayat Michael tidak jauh dari Eston Cemetery, Rabu lalu.
Menurut polis, tiada perkara yang mencurigakan pada mayat mangsa tetapi pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
Polis juga tahu mengenai spekulasi di media sosial yang mengaitkan Aaron dengan kejadian itu, tetapi siasatan masih belum mengaitkan kematian Michael dengan kejadian tersebut.
Sumber: The Sun, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2xjT1Zr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment