loading...
  • Breaking News

    Monday, September 24, 2018

    'Inilah PJJ antara benua yang terpaksa kami tempuhi' - Netizen tersentuh baca story pasangan ini


    Sebelum ini drama Cinta Antara Benua lakonan Ahmad Idham, Azhar Sulaiman dan Asyanti Daut merupakan drama yang menjadi tarikan penonton di TV3. Drama ini mengisahkan suka duka sekumpulan pelajar dari Malaysia yang mengharungi pelbagai cabaran, dugaan dan percintaan ketika menuntut di New Castle dan London.

    Pastinya, ramai yang menyangka cinta sebegini hanya berlaku di dalam drama televisyen semata-mata. Tetapi sebenarnya cerita ini juga berlaku di alam realiti. Bezanya kini mereka sudah bergelar suami isteri dan terpaksa tinggal berjauhan kerana faktor pekerjaan. Si suami berada di Jepun, manakala si isteri berada di Arab Saudi.

    Perkenalan mereka cukup singkat hanya mesej menjadi perantara antara mereka. Minat dan hobi mereka yang sama merentasi dunia membuatkan perkenalan itu ke gerbang perkahwinan. 

    BERCINTA Selepas Berkahwin dan Selamat Tinggal Isteri

    Perkenalan kami 10 bulan yang lepas. Sewaktu itu aku masih berkeliaran di Thailand tanpa hala tuju. Sewaktu dalam perjalanan bus menuju ke Koh Samui dari Chiang Mai, isteri kepada rakanku memberitahu ada seorang rakan sekerjanya yang sukakan baca pengalaman dan tips yang aku tulis, dan selalu "follow" tentang kisah aku di FB.

    "Aku rasa member aku tu minat kat mu. Dia pon misi gak macam aku. Kerja lain department di Hospital Kota Bharu." Yeen Bong memberitahu aku tentang si gadis itu.

    Tiba sahaja di rumah di Kelantan, aku terus membuka profile si gadis tersebut. "Gadis Traveller" namanya di profile pada waktu itu. Ternyata gadis ini gemar mengembara jua.

    Lalu segera aku menambah menjadi rakan dan mendapat mesej pertama dari dia mengucapkan terima kasih kerana sudi add. Dan dari situlah perkenalan kami. Kami berbalas mesej sehari atau dua hari (aku jenis yang tak suka main text jadi reply sikit-sikit sahaja).



    Selepas hari kedua atau ketiga berbalas text, aku terus minta nombor phone si gadis traveller itu. Sejurus dapat sahaja number si gadis itu, aku terus WhatsApp menyatakan tujuan sebenar aku.

    Aku serius ingin menjadikan si gadis ini sebagai zaujah hidup aku. Dan apa yang mengejutkan adalah balasan text itu "Datanglah ke rumah jika benar ingin menghalalkan saya."





    Jatuh jantung. Gugup. Aku terus menyatakan hasrat ini kepada orang tua ku.

    "Ma, abe nak kawin. Jom pegi rumah dia untuk mengenal."

    "Siapa?" Tanya mama ku kebingungan. 

    "Abe pon tak kenal. Jomlah esok. Nanti malam nie abe bagitau abah."




    Maka esok aku bertandang ke rumahnya yang terletak di Tumpat, Kelantan. Persetujuan dari dua pihak dan selepas dua hari kami terus bertunang. Keesokan harinya aku ke Sabah seketika dan terus ke New Zealand selama beberapa bulan.

    Dan tunang aku pada ketika itu dalam persediaan ke Saudi. Seminggu selepas aku di New Zealand, tunang aku terbang ke Saudi bagi memulakan tugasnya sebagai Ketua Jururawat di Hospital Saudi.

    Maka PJJ kami berlangsung selama 10 bulan sehinggalah satu tarikh diputuskan untuk majlis pernikahan. Alhamdulillah, kami telah dihijabkabulkan dan sah sebagai suami isteri.

    Seminggu selepas majlis kahwin, aku dan isteri terus terbang ke Turkey bagi kembara honeymoon. Segalanya aku buat seperti cara aku dahulu kecuali penginapan. Naik bus, turun bus, bagpack digalas 15 kg di belakang. Berjalan ke sana sini.

    Dan kembara honeymoon kami merentasi 6 negara di Balkan berjalan lancar walau agak penat. Sejurus pulang ke Malaysia, masa berbaki 3 hari lagi untuk isteriku terbang ke Saudi bagi menyambung tugasannya.



    Hari ini, mata aku terkebil-kebil melihat susuk isteri mengalir air mata di airport meninggalkan suami. Semoga suatu hari nanti kita kan bersama di sana.

    Aku berkerja di Jepun sekarang dalam bidang pelancongan dan isteri di Saudi sebagai jururawat. Ternyata inilah PJJ ANTARA BENUA yang terpaksa kami tempuhi.

    Kembara honeymoon kami adalah proses bercinta dan mengenali diri antara satu sama lain. Adakah itu dinamakan bercinta selepas berkahwin? Semoga  hubungan kami kekal hingga ke jannah.

    p/s: segala screenshot perbualan perkenalan pertama aku boleh dilihat di photo. Dan apa yang aku tulis ini adalah benar segalanya bagi tatapan anak cucu kelak bagaimana ayah dan ibunya bertemu. Segalanya adalah jodoh dan takdir.

    #wia
    #antarabenua

    Sumber: Jeroong Wia


    from The Reporter https://ift.tt/2NzOugy
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment