Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita mendedahkan kakaknya telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Kini, kakak iparnya pula menghidap penyakit yang sama. Kedua-duanya dikatakan menghidap penyakit tersebut gara-gara pengambilan pil perancang.
Setelah penularan status tersebut, ramai wanita tertanya-tanya dan gusar dengan risiko pengambilan pil tersebut.
Isu ini juga menarik perhatian Dr. Rusyainie Ramli untuk memberikan penjelasan mengenai pil perancang ini agar netizen tidak hanya melihat berita tular ini tanpa bukti dan fakta yang sahih. Beliau menafikan sekeras-kerasnya pil perancang menyebabkan kanser malahan pengambilan pil perancang mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 27 % dan risiko fibroid 70%.
TOLONG TULARKAN STATUS SAYA INI! PIL PERANCANG BUKAN PENYEBAB KANSER!!!
Mula-mula sekali, takziah buat tuan punya FB yang kakak dan kakak ipar dia disahkan dengan diagnosis kanser. Saya tak pasti kakak ipar dia kanser apa. Tapi saya dapat tahu yang kakak dia kena kanser ovari dan saya juga dapat maklumat yang makcik dia juga pesakit kanser.
Berita yang entah mana hujung pangkal betulnya memang netizen suka sangat, kan. Terkinja-kinja dan melantun-lantun pergi kongsi kat merata tempat. Tak ada pun yang nak semak kebenarannya.
Tuan punya FB kata, doktor kata sebab makan pil perancang. Benar ke doktor yang cakap tu? Ada tak sesiapa pergi tanya doktor yang disebut itu?
Kajian oleh Collaborative Group of Epidemiological Studies of Ovarian Cancer et al, pada 2008, menunjukkan dengan penggunaan pil perancang, MENGURANGKAN RISIKO KANSER OVARI sebanyak 27%. Kalau ambil pil perancang untuk jangka masa panjang, 15 tahun dan lebih, risikonya menurun ke 58%.
Kita tahu kalau ada 1 wanita didiagnos dengan Kanser Ovari, risiko untuk ahli keluarga terdekat, adik beradik, mak, anak, makcik, anak saudara untuk dapat barah yang sama jadi 3× GANDA LEBIH TINGGI berbanding dengan wanita yang tak ada sejarah kanser ovari.
Dia ada sebut pasal fibroid. Tapi dari cara dia tulis kat komen, saya tahu dia tak tahu pun yang fibroid tu datangnya dari rahim. Alih-alih dia kata fibroid pecah jadi kanser. Mak ai! Tinggi melangit punya imaginasi.
Ovari tu kilang telur ya netizen semua. Saya tak nak ulas pasal anatomi la kan. Saya dah pernah tunjuk gambar sistem pembiakan wanita siap dengan label.
Pengambilan pil perancang mengurangkan risiko fibroid sebanyak 70%. Dan yang paling penting fibroid takkan jadi kanser rahim.
Itu belum cerita bab kebaikan pil perancang dalam MENGURANGKAN KANSER RAHIM (ENDOMETRIAL CANCER) dan KANSER USUS BESAR (COLORECTAL CANCER).
Dato Dr. Rushdan Noor, Pakar Oncologi Ginekologi pun dah panjang lebar buat ulasan pasal pil perancang ini dan anda boleh baca di SINI. Maka, sebelum percaya apa juga yang bertaburan di FB ini, silakan pastikan kebenarannya ya.
Saya tak pasti kenapa dia petik cerita dari angkasaraya. Tapi percayalah, saya ini dah masak dengan perangai netizen ya. Dan inilah salah satu contoh PUBLISITI MURAHAN. Sendiri mahu ingat la.
Doktor bertauliah, berlesen dan beretika.
Sumber: Dr Ninie (Rusyainie Ramli)
from The Reporter https://ift.tt/2OcTOmb
via IFTTT
No comments:
Post a Comment