Pada awalnya, ada segelintir netizen menyangka wanita ini adalah scammer, tetapi ia bukanlah seperti yang disangkakan kerana menurut pengguna Twitter @FakuAman, wanita itu sememangnya berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan orang ramai untuk mendapatkan kerja.
Menurut wanita itu, dia mempunyai lima orang anak tetapi kesemua anaknya telah pergi meninggalkan dia. Terdesak dengan keadaan itu, dia terpaksa mencari kerja di semua tempat.
JUMAAT 2 November 2018, jam 2 petang. Waktu ini aku baru balik dari hospital. Macam biasa, aku naik bas Go KL nak pergi KL Sentral. Sambil menunggu, ada seorang makcik datang dan duduk sebelah aku.
Aku pandang dia, dia tanya "Adik kerja apa?". Aku jawab, "Saya nurse, dekat hospital". Dia start cerita dia baru sampai dari Kuantan semalam. Sampai-sampai saja ada orang ragut dia, tolak dia sampai jatuh. Kaki dia luka di bahagian atas. Sempat jugalah aku buat dressing dekat kaki dia.
Sebarkan dan cari anak dia sampai dapat !— fa ku (@FakuAman) November 4, 2018
Aku geram ni. pic.twitter.com/v52COSKVq5
Aku suruh dia buat report, dia kata dia ada IC saja, duit semua hilang. Niat dia datang KL sebab nak cari kerja. Sampai hari Jumaat itu dia masih tak dapat kerja lagi.
Aku tanya dia malam tadi tidur di mana? Dia kata dia tidur di bus stop LRT Titiwangsa. Tapi dia kena halau oleh orang Nepal, dia siap kata orang macam itu semua jahat.
Dia kata dia ada lima orang anak. Tiga lelaki dan dua perempuan. Anak-anak dia langsung tak hiraukan dia, semua dah tinggalkan dia. Suami dah tak ada, anak perempuan dia seorang kena rogol masa umur 17 tahun.
Guys, jangan buat mak sendiri macam tu. Jahat mana pun mak tu, dia tetap mak kau. Tuhan dah bagi tanggungjawab dekat kau untuk jaga dia. Jangan buat macam itu.
Aku yang tak kenal makcik ini pun rasa kasihan pada dia, apatah lagi kau yang bergelar anak, langsung tak ada secebis pun rasa simpati dan sayang pada mak sendiri? Anak jenis apa kau ni?
Tolong ambil semula mak kau, balas budi dia. Penat dia didik kau dari kecil sampai besar, ini balasan yang kau bagi pada dia? Anak jenis apa kau ni?
Aku tanya dia, "Makcik naik bas ni nak pergi mana?". Dia jawab, "tak pergi mana-mana pun, makcik nak rehat saja sebab penat jalan di luar, panas pulak tu," katanya.
Untuk makluman, makcik ini tak mengemis, dia langsung tak ada minta duit aku. cara dia cakap itu memang ikhlas nak kongsi cerita kehidupan dia. Dia siap cakap nak pergi cari kerja. So guys, janganlah fitnah dia kata dia scammer. Kasihan pada dia.
Ada beberapa netizen mengesahkan bahawa wanita ini bukan scammer kerana pernah menemuinya di Kuantan di mana dia datang ke premis mereka untuk mencari kerja.
Yes, it's true, makcik ni tak mengemis pun, dia pernah datang singgah hotel untuk tanya ada kerja kosong ke tak masa kat kuantan, tapi mmg takde kerja kosong dah masa tu, hmm, sampai kl dah dia 😅— Ammar Aziz 🎓 (@Zairuluriaz) November 4, 2018
masa aku tekan gambar je aku dah agak muka dia macam aku kenal . rupanya betul kuantan . mak cik ni yang depan kedai print semambu tanya aku ada kerja ke tak lepastu dia marah marah . Maybe yes she need help . aku ingat dia gila . aku dengan kawan aku lari terus 😅— vlt. (@eniirose_) November 4, 2018
Sebagai anak, usahlah pinggirkan ibu anda seperti ini. Fikir sajalah, tanpa dia tidak akan lahirnya kamu ke dunia ini.
from The Reporter https://ift.tt/2zvYiOv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment