loading...
  • Breaking News

    Friday, November 2, 2018

    'Menyesal nak mati bila doktor kata susu kultur itu penyebab saluran suara anak jadi bengkak' - Ibu


    Semalam seorang ibu meluahkan rasa kebimbanganya mengenai kesihatan anak perempuan beliau yang lemah selepas disahkan tidak sihat kerana minuman yang sering dibeli dari pasaran. 

    Menurut NrFarraaina Pasli, anaknya mula mengalami muntah-muntah teruk selepas minum susu kultur, selain mengalami masalah pernafasan. 

    TOLONG alert para ibu. Sebelum ini memang ada baca statement yang minuman kultur ini tak baik, tetapi buat tak endah sebab lebih ramai yang cakap bagus, kira buat stok terus di rumah. 

    Hari ini, terjadi pada anak sendiri. Selepas minum dalam jam 10 pagi lebih kurang, dalam jam 2 petang, dia mula muntah. Di rumah, dia muntah sebanyak enam kali. Selepas itu saya perasan suara dia menjadi serak. 


    Saya bagi dia makan ubat sebab takut dia nak demam. Bila periksa tarikh luput minuman itu, okey saja. Kali kelima dia muntah macam tak lepas nak bernafas dan dia kata, "Ibu.. letih". 

    Saya terus cancel semua aktiviti berniaga dan bawa dia pergi ke jabatan kecemasan. 


    Semasa di jabatan kecemasan, dia muntah tiga kali. Dibawa masuk berjumpa dengan doktor. Doktor macam tak percaya dia sakit, yup memang tak nampak sakit. Dia siap menyanyi lagi kot? Masa ini hati tak berapa resah lagi. 

    Doktor tanya ada bagi apa-apa? Saya cakap tak ada, hari ini cuma bagi susu dan air kultur itu sahaja. Selepas itu, cakap nak x-ray. Dapat tahu saja keputusan x-ray, aku menyesal nak mati bila dengar doktor kata susu kultur itu penyebab saluran suara anak saya jadi bengkak dan menghalang pernafasannya. 



    Patutlah aku perasan suara dia jadi serak dan dia cakap dia letih itu nampak macam lelah. 

    Doktor kata, "Memang air itu tak disyorkan sangat untuk kanak-kanak." 

    Doktor syorkan anak masuk wad, tapi susah sebab aby dia kerja jauh. Jadi aku decide balik dulu, tengok keadaannya macam mana. Semoga tiada apa-apa yang lebih serius. Sebagai ibu, aku rasa bersalah sebab aku yang beli. Sorry sayang, semoga cepat sembuh. Para ibu semua berhati-hati. 


    Bagaimanapun, NrFarraaina Pasli terpaksa membuang status di Facebooknya itu kerana ramai individu menghubunginya untuk beberapa tujuan tertentu termasuk memboikot jenama susu kultur tersebut. 


    Menurutnya, tujuan posting itu bukanlah untuk mengajak orang ramai memboikot mahupun meraih publisiti murahan, tetapi sekadar nak berpesan kepada golongan ibu bapa agar berhati-hati supaya kejadian yang menimpa anaknya tidak berlaku kepada kanak-kanak lain. 



    from The Reporter https://ift.tt/2Jwxsuo
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment