loading...
  • Breaking News

    Monday, January 28, 2019

    Kaki Imraan mungkin akan dipotong selepas gigitan serangga di kaki dijangkiti bakteria pemakan daging


    Kebiasaannya kita mengabaikan kesan gigitan serangga kerana ia akan pulih sendiri dalam masa yang singkat. Namun, kita selalu dinasihatkan untuk tidak menggaru kesan gigitan itu secara berlebihan. 

    Seorang ibu di Singapura baru-baru ini berkongsi mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada 17 Januari lalu di mana anak lelakinya yang berusia dua tahun, Imraan Danish, dijangkiti bakteria pemakan daging selepas kaki kanannya digigit serangga. 

    Menurut si ibu, dia berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu orang ramai mengambil maklum dan tidak memandang ringan dengan kes-kes kecil seperti ini terutamanya jika mereka merasa ada sesuatu yang tidak kena. 

    "Segalanya bermula dari gigitan serangga yang kemudian menjadi luka kerana mungkin dia garu kesan gigitan itu lalu dijangkiti bakteria sehingga menembusi sistem badan dan mula menjejaskan badannya. 

    "Di mana dan serangga apa yang menggigitnya, kami tak dapat jawab persoalan itu," katanya. 

    Difahamkan, mangsa mengalami demam panas yang melampau tetapi selepas diberi ubat, Imraan kembali pulih. 

    Si ibu tidak menyangka apa-apa yang buruk akan berlaku sehingga dia mula menyedari keadaan anaknya semakin teruk dan terus dihantar ke hospital, ditahan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak. 

    Doktor mendapati Imraan telah dijangkitan bakteria yang dikenali sebagai GAS (Group A Streptococcus) yang boleh membawa maut.


    Selepas lima minggu menjalani rawatan di hospital, Imraan kembali pulih. Namun masih ada luka di kaki kanannya yang dijangkiti dan doktor berkata, mereka masih memantau keadaan Imraan. 

    "Dari awal doktor kata kaki Imraan mungkin akan dipotong, tetapi mereka cuba sedaya upaya merawat Imraan sebelum keadaan Imraan sampai ke tahap itu," kata ibunya. 

    Walaupun Imraan sudah dibenarkan keluar dari hospital, ibunya meminta golongan ibu bapa di luar sana berwaspada meskipun serangga kecil kelihatan seperti tidak berbahaya. 

    "Kepada golongan ibu bapa, jika nampak kesan gigitan serangga yang tidak normal pada badan anak atau apa-apa yang sewaktu dengannya, terus dapatkan rawatan doktor atau terus bawa ke hospital. Jangan jadi seperti saya. Saya sangka ia kesan gigitan normal, tetapi ia boleh menyebabkan saya kehilangan anak," katanya. 



    from The Reporter http://bit.ly/2S98WGC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment