Seorang pemandu lori ditahan kerana menampar seorang doktor yang enggan memberikan cuti sakit kepada isterinya dalam kejadian di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang, di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira pukul satu pagi itu, isteri pemandu lori berkenaan berusia 30-an mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital tersebut.
"Doktor lelaki berusia 29 tahun yang merawat wanita itu tidak memberikan cuti sakit kepada pesakit berkenaan kerana keadaannya tidak teruk.
"Suami wanita itu bertindak menampar pipi kiri doktor berkenaan berikutan berang isterinya tidak diberikan cuti sakit sebelum dia melarikan diri," katanya di sini hari ini.
Katanya susulan kejadian itu, doktor berkenaan membuat laporan polis dan pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 38 tahun itu di Datuk Keramat, di George Town, kira-kira pukul 2.22 pagi.
Beliau berkata siasatan mendapati lelaki yang mempunyai dua rekod lampau itu turut positif dadah dan dia direman untuk siasatan lanjut. - Bernama
from The Reporter http://bit.ly/2T4PW9c
via IFTTT
No comments:
Post a Comment