loading...
  • Breaking News

    Tuesday, January 22, 2019

    'Tak masuk akal' - Pengadu dicaj RM94 oleh pemandu teksi untuk jarak perjalanan 15km


    Seorang wanita mendakwa dia telah ditipu oleh pemandu teksi yang meminta dia membayar sebanyak RM94 bagi perjalanan jarak 15 kilometer. 

    Insiden itu berlaku pada 17 Januari lalu di Johor dan dia telah berkongsi mengenai kejadian itu di media sosial sebagai amaran kepada netizen agar berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan teksi. 

    Menurut mangsa, ketika itu dia baru saja pulang ke Malaysia dari Singapura dan mahu menuju ke Premas Jaya sebelum dihampiri oleh sebuah teksi yang menawarkan perkhidmatannya. 

    Mangsa yang ketika itu sudah lewat lalu bersetuju menggunakan perkhidmatan teksi itu. 

    "Saya kata saya nak pergi ke Premas Jaya dan dia (pemandu teksi) kata tambang perjalanan adalah RM45. Saya kemudian bertanya jika dia boleh mengenakan caj berdasarkan meter dan dia berkata harganya akan tetap sama," kata mangsa. 

    Dalam perjalanan itu, pemandu teksi itu kerap membebel mengenai sesuatu yang dipanggil 'station fee', memberi bayangan bahawa mangsa akan dikenakan caj tambahan. 

    Apabila sampai di destinasi, mangsa menghulurkan RM50, tidak semena-mena pemandu teksi itu berkata 'station fee' adalah RM49 dan mangsa masih perlu membayar RM44. 

    "Saya tak tahu kenapa saya bayar juga bayaran itu, mungkin sebab saya terlalu nervous. Akhirnya saya bayar dia RM94," katanya. 

    Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada rakan dan keluarganya dan rata-rata bersetuju bahawa mangsa telah diperdaya dan caj RM94 bagi jarak perjalanan 15 kilometer adalah tidak masuk akal. 

    Semakan dengan pihak pengusaha teksi mendapati, caj tambang yang dikenakan terlalu mahal dan caj tambang yang sepatutnya hanya RM30 sahaja. 

    Sementara itu, caj tambang bagi perkhidmatan Grab Car pula hanya RM13. 



    from The Reporter http://bit.ly/2HqrwWw
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment