loading...
  • Breaking News

    Sunday, January 20, 2019

    'Bang, jangan pandai bikin anak tapi tak pandai jaga anak' - 30 minit tinggalkan anak dalam kereta sementara bapanya...


    Viral di media sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan ditinggalkan dalam kereta dalam keadaan panas dan menangis. 

    Menurut sumber dari laman Facebook Cheras, Selangor, kejadian berlaku pada Rabu lalu di Tesco Taman Midah.

    "Bapa tak guna ini tinggalkan anak perempuan dia bersendirian di dalam kereta di bawah cuaca panas. Budak itu menangis dan berpeluh-peluh. Pintu kereta pula dikunci dan tingkap pun tak dibuka. Budak ini boleh lemas dan mengalami strok haba. 

    "Bapa dia berada di dalam Tesco selama 30 minit dan hanya kembali semula ke keretanya selepas kami maklumkan kepada pihak pengawal keselamatan dan pengurusan membuat pengumuman mengenainya. 

    "Apabila bapa tak guna itu kami berada di situ untuk 'berdepan' dengan dia, dia cepat-cepat masuk dalam kereta dan terus beredar. Sungguh tidak bertanggungjawab! 

    "Bang, jangan pandai bikin anak tapi tak pandai jaga anak," katanya. 




    Sementara itu, netizen menasihatkan sekiranya orang awam berdepan dengan masalah seperti itu, pecahkan sahaja cermin tingkap kereta dan selamatkan kanak-kanak di dalamnya tanpa ragu-ragu sebelum membuat laporan polis terhadap ibu bapanya yang cuai dalam soal menjaga anaknya sendiri.


    from The Reporter http://bit.ly/2FMeqjH
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment