loading...
  • Breaking News

    Monday, January 21, 2019

    Kereta SUV ditemui, mayat mangsa masih memakai 'seat belt'


    Kenderaan SUV Mazda CX-5 yang tercampak ke dalam laut selepas mengalami kemalangan di Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi semalam telah ditemui.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kenderaan itu ditemui pada jam 4 petang tadi, 15 meter dari tiang 34 jambatan itu. 

    Bagaimanapun, usaha mengangkat kenderaan itu terpaksa dihentikan pada jam 7.30 malam tadi kerana cuaca gelap dan operasi akan disambung semula pada jam 7 pagi esok. 

    Difahamkan, mayat mangsa turut ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan masih memakai tali pinggang keledar. 

    Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai teman wanita kepada mangsa berkata, Moey dengan pemandu Toyota Vios itu memang berkawan tetapi bukan rapat. 

    "Saya kawan dengan Moey dalam dua tahun. Mereka kawan, tapi tak rapat. Saya pun tak tahu bagaimana mereka sama-sama terlibat dalam kemalangan ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian namun enggan mengulas lebih lanjut. 

    Bapa kepada pemandu Vios pula hanya mampu mengungkap kata maaf dan masih terkejut serta sedih dengan kejadian yang berlaku selain meminta untuk diberikan ruang buat sementara waktu. 


    BERITA BERKAITAN:


    from The Reporter http://bit.ly/2Hp3efu
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment