Misteri kematian seorang janda berusia 20 tahun terungkai selepas polis menahan empat individu yang disyaki terlibat dengan kes pembunuhan itu.
Ketua Polis Sumsel, Zulkarnain Adinegara berkata, pihaknya berjaya merungkai kes kematian mangsa, Inah Antimurti, yang dibunuh dan dibakar di kawasan semak, ditemui dalam keadaan yang mengerikan pada 23 Januari 2019, Rabu, di Desa Rambutan, Indralaya Utara, Ogan Ilir, Indonesia.
Berdasarkan keterangan suspek, mangsa sebelum itu diajak menyertai pesta dadah lalu dirogol dan dibunuh. Mayat mangsa kemudian ditelanjangkan dan dirogol sekali lagi.
Dalam keadaan tanpa seurat benang itu, mayat janda anak satu itu dimasukkan ke dalam karung lalu dibuang ke semak dan dibakar bagi menghilangkan bukti.
Zulkarnain berkata, pembunuhan itu dilakukan di rumah suspek utama yang dikenali sebagai Asri pada 19 Januari 2019.
"Dari keterangan empat suspek (dua suspek masih di bawah umur), suspek utamanya masih giat diburu polis," katanya.
Ketika Asri merogol mangsa, dua suspek lain memegang tangan dan kaki mangsa. Sementara dua lagi rakan mereka menunggu di luar.
"Mangsa cuba melawan tetapi Asri memukul kepala mangsa dengan kayu menyebabkan dia pengsan lalu meninggal dunia," katanya.
Setelah mangsa sudah tidak bernyawa, suspek yang menunggu di luar rumah masuk ke dalam lalu merogol mayat mangsa tetapi kecewa kerana tidak mencapai klimaks.
Kelima-lima suspek kemudian mengikat leher dan badan mangsalalu dimasukkan ke dalam karung untuk dibuang ke dalam semak di Desa Rambutan serta dibakar.
"Motif kejadian kerana hutang di mana mangsa mempunyai hutang yang masih belum dibayar kepada suspek utama," kata Zulkarnain.
Sumber: DetikNews
from The Reporter http://bit.ly/2HwvdtA
via IFTTT
No comments:
Post a Comment